Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 40 : Mimpi

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Semalam aku memulakan hari pertamaku di tempat kerja setelah 4 hari bercuti (Cuti Hari Raya Cina).. Rasa tak bermaya jer dan tak sabar nak balik rumah.. 🙂 . Sampai jer kat rumah, aku jumpa adik perempuanku (Fauziah) (singgah sebentar di rumah), dia cakap kat aku, “aku tengok hidup kau terumbang-ambing jer tanpa mak..haha”.. 🙂 Hari ini ibu aku akan pulang, adik aku cakap ibu menangis tinggalkan aku seorang.. 🙂

Semalam Hanafi dapat uniform kerja baru .. Aku pun cakaplah kat Jai, “sekarang baju kena minta sendiri ker atau diaorang akan kasi setiap tahun, baju yang aku pakai sekarang nie dah lusuh….malu company kalau orang tengok”.. Haha.. 🙂 . Lepas tue aku minta tolong Jai, aku amik satu baju dari Hanafi (size M), boleh pakai esok. Sebenarnya aku risau baju takde jer kat rumah (tinggal bujang sekarang kan).. Nak pergi dobi, ahad bolehlah.. 🙂

Selain daripada rumah, aku takkan pakai pakaian yang sama 2 kali (baju ataupun seluar). Aku akan pakai sekali sahaja, lepas itu mesti kena basuh.. Aku akan rasa lain bila sarung pakaian yang pernah aku pakai, aku akan rasa tak selesa (tubuh dan emosi) aku sepanjang hari..

Mimpi

Masa balik kerja semalam, badan aku memang “betul-betul lesu”… Lepas selesai semua kerja kat rumah, aku terus tidur dan bangun semula sekitar jam 2 pagi (sambung kerja freelance & tulis diari nie sekejap lah).. 🙂

Sepanjang malam tidurku, aku hanya bermimpi 1 mimpi sahaja.. Mimpi nie bukan macam kebiasaan seperti mimpi-mimpi aku yang lain, sebab mimpi ini bermula daripada saat aku tidur sampai aku bangun semula.. lama sangat…

Aku bermimpikan tentang 2 orang perempuan, yang mana perempuan ini memang aku kenal.. Tak berkata-kata apa dengan aku, tapi hanya berkata-kata dengan orang-orang yang berada dengan aku dan 2 orang perempuan nie akan sentiasa berada di dalam lingkungan diri aku.. Kemana sahaja aku bergerak, memang akan ada 2 orang perempuan ini… dan diorang akan sentiasa ikut aku.. tak boleh nak keluar…Sampai aku termenunglah masa bangun tidur tadi..

Okaylah ye, aku rasa macam dah lewat nak start kerja nie.. 🙂 . Kerja-kerja “server-side” aku dah settle, pagi nie aku nak mulakan kerja-kerja frontend (design)..Yang penting nak kena ada IDEA.. (aku nak buat air sekejap).. 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
8 Februari 2019 3:23 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Previous Post Diari 38 : Pancaindera
Next Post Diari 41 : Angka