Mutiara Kata 3 : Ali Bin Abi Talib

Nama sebenar Saidina Ali ialah Ali Bin Abi Talib Bin Abdul Muttalib Bin Hasyim Bin Abdu Manaf. Dilahirkan di Mekah kira-kira 10 tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW. Beliau adalah sepupu dan juga menantu kepada Rasulullah SAW dan memeluk Islam ketika masih kanak-kanak. Saidina Ali telah di bai’at sebagai khalifah pada 25 Zulhijjah tahun 35H setelah terbunuhnya Saidina Uthman

1.Kata-kata Yang Tidak Enak Untuk Di Dengar

Janganlah engkau mengucapkan perkataan yang engkau sendiri tak suka mendengarnya jika orang lain mengucapkannya kepadamu.

2. Jangan Berharap Pada Manusia

Aku sudah pernah merasakan semua kepahitan dalam hidup dan yang paling pahit ialah berharap kepada manusia.

3. Balas Dendam Terbaik

Balas dendam terbaik adalah menjadikan dirimu lebih baik.
Share Artikel Ini Di Whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *