Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 170 : Berlari…

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah, kita dah memasuki bulan kedua bagi tahun 2020. Dalam beberapa bulan nie boleh dikatakan aku hampir tidak tidur pada waktu malam untuk menyiapkan beberapa struktur utama dalam pekerjaan aku. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. InsyaAllah, minggu ini aku akan mulai kembali ke norma biasa (tidur seperti biasa pada waktu malam).

Sampai bengkak lah mata aku.. Hahaha… Yang penting kena jaga kesihatan juga. (kerja-kerja juga). Alhamdulillah, bila dah stabil nie, aku cuma nak maintain 5 client per month. Taknak target banyak sebagaimana planning aku sebelum nie, nanti work-life tak balance. Dah susah-susah kita keluar dari dunia pekerjaan untuk mencari keseimbangan dalam kehidupan, akhirnya kita kembali semua kepada dunia lama.

Alhamdulillah, selepas aku berubat beberapa bulan yang lepas (perubatan islam), migrain aku boleh dikatakan 99% dah takde, cuma kini aku perlu berhati-hati je lah (kemungkinan itu ada, jika aku abaikan pantang larangnya). Aku dah tak makan ubat (kecuali jika berjalan jauh, langkah pencegahan sahaja). Aku pun hairan macam mana migrain aku boleh pergi begitu sahaja, memang ajaib.. bayangkan dari umur aku 24 tahun aku menghadapinya… Alhamdulillah.. Terima Kasih Allah 🙂

Dunia Baharu

Oh ye, dalam diari yang lepas aku ada katakan dah deactivated akuan Facebook aku kan. Alhamdulillah nasib baik aku tak delete lah account tue..Hahaha.. Aku baru perasan, dalam tue banyak group-group private yang sangat penting. Nasib aku baik.. Baru aku perasan. Kalau tak habis semua benda-benda yang penting dalam tue hilang. Dalam kalangan adik-beradik aku, aku dikenali sebagai “only me”..Haha..

Sebab aku akan set “only me” bagi kebanyakkan post-post aku (tujuan persendirian). Aku sebenarnya pengguna Fb yang active, tapi kebanyakkannya aku gunakan untuk tujuan mencari maklumat dan interaksi dengan ahli-ahli di dalam group private. (bukan nak cari kawan lah). Lagi satu Telegram, banyak juga boleh dapat informasi kat sana. InsyaAllah, nanti jika ada kesempatan, aku akan tunjukkan cara-cara yang paling berkesan untuk nak jana pendapatan secara online (banyak cara sebenarnya, tapi bergantung pada situasi orang).

Tak semua cara berkesan untuk semua orang. Ada yang sesuai untuk suri rumah, tapi tak sesuai untuk orang lelaki bujang. Banyak sangat peluang, nantilah, jika ada peluang aku akan kongsikan. Sekarang dah zaman gig ekonomi, dimana pendapatan yang dilakukan secara perseorangan (diluar sistem majikan) dapat menjana pendapatan melebihi apa yang didapati olehnya setiap bulan. Perkara ini adalah perkara biasa pada saat ini..

Yang bestnya bila bekerja sendiri nie, kita bebas untuk melakukan apa sahaja yang kita suka (cuma kena ada disiplin pada masa lah). Selalunya bila aku buat kerja, aku akan tengok NETFLIX (menonton movie). Boleh rehat bila kau dah rasa penat, ada kebebasan masa. Yang tak bestnya, kaulah designer, kaulah salesman, kaulah customer support, kaulah marketer, dan kaulah segalanya.. Hahahaa.. Tapi itu cabaranlah, bila kau dapat belajar semua ini, InsyaAllah, kehidupan kau akan semakin baik dari hari ke hari.. yang penting kena ada disiplin pada MASA.

Okaylah ye, InsyaAllah nanti aku sambung lagi. Aku nak rehat jap, tengok NETFLIX. 🙂 . Aku tengok movie, “THE BLIND SIDE”.Oh ye, InsyaAllah, bulan hadapan aku akan start menulis sebuah buku secara berkala, InsyaAllah, aku berharap dapat menyiapkankan pada penghujung tahun hadapan 2021 (kira-kira 2 tahun), tajuknya “Diari Hidup Seorang Muslim”. 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
4 Februari 2020 3.29 Minit Tengah hari
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Previous Post Diari 169 : Lucid Dream
Next Post Mutiara Kata 3 : Ali Bin Abi Talib