Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 204 : Ramadhan Series – Rindu Dengan Kamu

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Hari nie dah masuk Ramadhan ke berapa ye, Ramadhan ke 10 kan ? Cepat masa berlalu kan ? Alhamdulillah, masih berpuasa penuh lagi 🙂 . InsyaAllah, akan jadi 2 tahun berturut-turut. Boleh dikatakan aku agak rajin juga ponteng puasa sebelum nie…Hehee.. Tapi perubahan ini tak menunjukkan aku lebih baik dari sebelum ini lah, cuma mungkin berfikiran lebih matang dari sebelum ini.. (hidup nak enjoy je kan).. Dulu siap rembat kuih raya mak aku lagi, masuk dalam beg lepas tue lepak makan-makan dengan member aku.. hahaa..

Yup, beberapa hari nie aku teringatkan kawan-kawan aku yang dulu. Aku siap search lagi diaorang kat google (rindu punya pasal).. ada yang jumpa. Lepas tue aku belek-belek jugalah album diaorang, tengok gambar-gambar diaorang.. Semuanya dah jadi bapak orang sekarang nie. Aku boleh jamin, kalau aku jumpa diaorang semula sekarang nie.. perangai kitaorang masa muda-muda dulu akan kembali semula.. Hahaa.. 🙂 .

Aku juga teringatkan wawa (bekas kekasih) semalam. Aku harap dia baik-baik jer sekarang nie. Jika awak baca diari nie, saya nak beritahu awak yang saya buat semua ini adalah untuk kebaikan dan untuk masa depan awak. Awak baik, takde apa yang kurang pun dari pandangan saya. Tapi hidup ini bukan sekadar kasih sayang sahaja (lebih daripada itu).. Saya taknak awak tunggu saya dan akhirnya awak kecewa. Saya harap sekarang nie awak dah jumpa orang yang lebih baik daripada saya… Saya doakan awak.. Oh ya satu lagi, kucing awak sekarang nie sihat dengan saya, tapi dia nakal lah (selalu gigit tangan saya).. 🙂

Baiklah, aku dah rasa lapar nie, nak makan jap 🙂 . Tadi berbuka dengan kurma, then ingat nak tunggu lepas isya` baru makan nasi. Hari nie cuaca agak panas daripada pagi. Sekarang nie hujan dah mulai turun renyai-renyai. Aku doakan semua yang membaca blog aku nie dikurniakan kesihatan berpanjangan, dilindungi oleh Allah swt dari segala bahaya, dan diberikan pengakhiran yang baik di dalam Hidup, insyaAllah.. Aamiin.. 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
3 Mei 2020 7:52 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Diari 203 : Ramadhan Series – Teringat Kembali
Previous Post Diari 203 : Ramadhan Series – Teringat Kembali
Diari 205 : Ramadhan Series – Selfishnya Kamu..
Next Post Diari 205 : Ramadhan Series – Selfishnya Kamu..