Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 137 : Sehingga Ke Alam Sesudah Mati..

Assalammualaikum Dan Sejahtera…

Untuk beberapa hari nie, boleh dikatakan aku agak agresif juga develop beberapa web untuk di integrasikan dengan web hartanah.my . Tak banyak masa lagi yang tinggal untuk aku. Paling lewat pun, hari ahad ini aku perlu menunjukkan hasil kerjaku kepada Team Manager. InsyaAllah, rasanya aku dah jumpa teknik untuk reduce marketing cost terutama yang menggunakan third party services untuk tujuan pengiklanan hartanah..

Tapi sempat jugalah untuk menulis diari malam nie 🙂 . Walaupun masa semakin singkat, tetapi aku tetap juga melakukan overtime. Nak tau sebab apa ?. Sebab aku nak habiskan masa-masa akhir aku nie dengan sahabat-sahabat yang dah lama bersama dengan aku (aku tak nak cerita hal-hal sentimental malam nie), jika aku nak cerita, setiap orang ada kisahnya tersendiri (tapi biarlah aku simpan semuanya dalam hati aku)…

Alhamdulillah, semuanya telah hampir sampai ke penghujungnya. Banyak yang aku belajar disini, nak tahu aku belajar tentang apa ? Tentang Manusia.. Ya, tentang manusia. (aku rasa nak menangis di ketika ini). Hurmm.. Takperlah.. Takperlah… Takperlah… Aku berharap, bila aku dah keluar daripada sini nanti, hati aku akan kembali sebagaimana dirinya yang dahulu dan sebagaimana yang pernah aku kenal ia dahulu. Hati aku dah rosak sebenarnya, nak tahu tak nilai hati ?

Nilai hati ini apabila ia telah rosak maka akan rosaklah akhlaknya (pertuturan, tingkah laku, budi pekerti, dan moralnya). Manusia akan menjadi sejahat-jahatnya. Tapi sebagaimana kata sahabatku, “takkan terlepas “. Yakni, manusia takkan terlepas dari kejahatan yang pernah dia lakukan. Sebagaimana kata-kata sastera, “Nasib baik dunia ini ada Tuhan, jika tidak, nescaya manusia akan terlepas begitu sahaja”.

Tuhan itu Maha Pengampun ? Walau sejauh dan setinggi mana pun dosa yang pernah di lakukan, pengampunan dari Tuhanmu pastinya ada, kelak akhirnya akan hilanglah dosa itu meskipun sebanyak buih di lautan. Namun, kiranya kesilapan (dosa) itu antara manusia dan manusia, maka tiadalah Tuhan akan ikut campur akan urusannya, sebaliknya dosa itu akan kekal dari hari ke hari sehingga tiba satu saat di hari perhitungan nanti (akhirat). Maka, tiada sesiapa pun yang akan dianiaya pada hari tersebut walau sedikitpun.. Ya, walau sedikitpun…

“Ku Harap kau mendengar apa yang ku bisikan selama ini”
Khairul Azahar Sharriffuddin
21 Ogos 2019 9:58 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 136 : Takdir Yang Tersembunyi
Next Post Diari 138 : Takkan Kau Bahagia Selamanya..