Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 59 : Untuk Aishah

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Hari ini adalah hari kejadianku (birthday).. 🙂 . Genaplah 33 tahun usiaku di tahun ini. Masih bujang (belum berkahwin) dan perancanganku untuk mengakhirinya pada tahun ini (InsyaAllah).. Terima kasih abang-abang (Abang Zul, Abang Shokeri, Rao) dan kakak-kakak (Kak Aswani, Kak Nani, Kak Therasa) dan Adik-Adik (Rahim,Sai,Afiq) yang mendoakan kesejahteraanku.. TQ.. 🙂

Aswani hadiahkan aku 2 buah buku (islamic) dan Coklat. Aku memang suka coklat (favorite).. 🙂 . Terima kasih ye Aswani, awak memang perempuan yang baik.. Saya tak pernah tengok awak marah lagi.. Serius saya tak boleh bayangkan wajah marah awak..

Yang saya tahu, kalau awak marah,awak akan menangis.. (itu menunjukkan awak memang seorang perempuan yang baik).. Saya doakan awak akan bertemu dengan jodoh yang baik untuk diri awak.. 🙂

Menulis

Ikutkan aku taknak menulis hari ini, tapi aku nak luahkan rasa terima kasihku kepada orang-orang yang berbuat kebaikan kepadaku pada hari ini.. Minggu ini, aku agak busy dengan kerja (freelance).. Jadinya, untuk beberapa minggu ini aku akan kurang menulis..

Alhamdulillah, aku dah release beta version (web) pagi tadi, sekarang web dah live tetapi belum complete sepenuhnya. Aku sedang menambah baik design dan ada beberapa lagi section yang belum disiapkan. InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja.. :-).. Akhirnya siap juga setelah hampir 6 bulan aku berusaha..

Untuk Aishah

Untuk Aishah pula, terima kasih ye sebab accept saya sebagai friend awak di Facebook. Tak sangka pula.. Saya minta satu jer daripada awak.. Beri saya satu peluang jer untuk mengenali awak (masuk ke dalam hati awak).. Niat saya baik untuk awak dan saya takkan buat sesuatu perkara yang akan menyakiti hati awak..(bunyi macam tipu kan).. 🙂

Tapi saya akan berusaha untuk bahagiakan awak, saya akan bekerja keras untuk membesarkan anak-anak kita (chewahh).. 🙂 . Pertama kali saya lihat awak, saya dah jatuh hati dengan senyuman awak.. Sebenarnya saya rindukan awak..

Sudikah awak untuk menjadi teman hidup saya ?

Khairul Azahar Sharriffuddin
4 March 2019 8:30 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 58 : Bermulanya Di Tahun Ini..
Next Post Diari 60 : Dia..