Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah, hari ini secara rasminya, aku telah berjaya melancarkan laman web terbaru daripadaku, VIRAL.MY secara live production. Namun begitu, ia masih lagi di dalam versi pengujian (public beta version), dimana fungsinya boleh dikembangkan, diubah ataupun ditingkatkan bergantung kepada responds pengguna. Daripada responds pengguna inilah, aku akan mendapatkan input-input sebelum mengubah apa-apa kandungannya. (bug, user experience, web interface dan lain-lain)
VIRAL.MY merupakan sebuah laman web yang dibangunkan berorentasikan dunia pekerjaan (carian pekerjaan daripada pencari kerja dan juga iklan jawatan daripada majikan). Laman web ini, aku revamp (ubah) semula daripada interface asalnya. Alhamdulillah, dah berjaya. Aku akan kemaskini kandungannya dari semasa ke semasa. InsyaAllah, untuk laman web ini, aku akan partnership dengan agensi-agensi pekerjaan di Malaysia dan juga Google Adsense untuk pengiklanan di laman web aku.
Aku juga membuka penggunaanya secara public bagi majikan yang ingin mengiklankan kekosongan jawatan di syarikat-syarikat mereka. Ini bertujuan untuk branding laman web VIRAL.MY . Jika ikutkan, aku taknak open penggunaanya kepada public kerana ia akan meningkatkan lagi kos operasi laman web. InsyaAllah, semuanya akan baik-baik sahaja.. 🙂
Ibu..
Sekitar jam 10 Malam tadi, aku keluar sebentar pergi ke klinik untuk mengambil ubat. Ibuku tak sihat beberapa hari nie (demam dan batuk). Petang tadi, masa balik kerja, aku tengok wajah ibuku (nampak letih sangat). Aku kesian dan jadi marah pada diriku sendiri, sebab aku tak boleh buat apa-apa untuk dia (tak boleh nak jaga ibuku, sebab bekerja)..
Hampir setiap tahun, ibuku akan sakit sebelum sambutan Hari Raya. Tahun lepas, ibuku hanya terlentang di katil selama sebulan ketika bulan Ramadhan disebabkan luka yang sangat dalam pada kaki dan juga peha ibuku (diabetes). Masa itu, aku nak berhenti kerja,tapi ibuku melarang, katanya, “kalau mak dah takde nanti macam mana ?”.
InsyaAllah, rezeki ada kat mana-mana jer. Malaysia nie, tipulah kalau orang cakap takde kerja. Ibu ada satu jer, sebagaimana kata Habib Ali Zainal Abidin, “amat malang sekali, jika ada ibu, tapi tak masuk syurga”. Tahu tak maksud dia, terutama untuk anak lelaki ?.
Minggu lepas, aku bermimpi tentang ibuku. Ibu berkata kepadaku, “mak dah tak larat nak bangun” (dalam keadaan yang lemah tubuh badannya).Lalu aku meriba ibuku dan memangku nya masuk ke dalam bilik, dan ku letakkannya di atas katil (ketika itu, aku tergesa-gesa untuk pergi ke tempat kerja). Tapi aku taknak sambung kisah mimpi ini.. Sebab.. (Yang terjadi kan tetap terjadi)…
Jika nak naratifkan kisah aku dan ibu (semenjak dari usia kecilku), aku rasa takde bahasa yang mudah untuk aku huraikan disini. Tiada..
Khairul Azahar Sharriffuddin
28 May 2019 12:17 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor.