Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Yehhhhh..Hari ini aku dapat balik awal lagi..Haha. Aku ingatkan hari ini ada overtime. Rasa macam terselamat daripada duduk dalam penjara pula..Haha.. Sebenarnya, selain daripada bekerja di Dimal, aku ada melakukan kerja-kerja freelance selepas daripada waktu bekerja.
Cuma akhir-akhir ini aku tak boleh teruskan kerja-kerja (freelance) aku disebabkan terikat dengan jadual waktu kerja yang panjang (overtime). Jadi banyak kerja yang tertangguh.
Kerja yang tertangguh ini sebenarnya mendatangkan lebih banyak keuntungan daripada aku overtime yang tak sampai RM500 pun.. Buat penat badan jer.. Lebih banyak hilang daripada dapat..Tapi aku ambil ini semua sebagai tanggungjawab.
Apa Projek Terkini ?
Okay, untuk projek terkini. Aku sedang membangunkan satu laman web berkaitan hartanah. Web ini dibangunkan khas untuk pembangun, perunding, dan pemilik hartanah untuk memasarkan rumah kediaman untuk jualan ataupun sewaan.
Laman web ini sama seperti propertyguru dan iproperty. Aku yakin web yang aku bangunkan ini akan setanding mereka ataupun jauh lebih baik, insyaAllah, semuanya dengan izin Allah s.w.t.
Sepatutnya aku dapat siapkan web ini pada akhir December 2018. Tapi sebagaimana yang aku ceritakan, aku “tersangkut” dengan tanggung jawabku (overtime).
Web tersebut dah hampir nak siap, tapi perlu integrate banyak sources. Paling kurang, perlu ada 2 hari cuti untuk dapatkan kembali momentum untuk sambung balik kerja. Ini adalah projek terbaru yang sedang aku buat, ada lagi beberapa projek yang sedang dalam proses perancangan untuk dibangunkan seperti laman web berkaitan marketplace (sama seperti lazada,shopee) tapi terhad kepada produk-produk tertentu sahaja.
Pada masa depan, aku bercadang untuk bangunkan laman web untuk hotel, homestay, klinik yang mana ia memiliki sistem booking pada laman web tersebut. Pelanggan boleh buat tempahan secara online pada laman web syarikat. Semua itu boleh jadi duit kan.. 🙂 .. Masalah aku kini adalah “masa” . Kalau aku dapat cuti sebulan untuk buat semua itu, aku rasa, aku akan jadi jutawan dalam masa 6 bulan lagi… :-).
Waktu Terluang ?
Waktu terluang terutama bila waktu cuti (ahad atau public holiday) aku akan duduk depan Pc jerlah sampai ke malam. Kalau penat atau mengantuk, aku akan berbaring ataupun bermain guitar, lepas itu sambung balik duduk depan Pc atau Laptop..
Aku jarang tengok Tv, Dalam sebulan tue, boleh dikatakan tak sampai 30 minit waktu terkumpul aku tengok TV. Cuma aku tengok rancangan Running Man lah.. Itupun kat Handphone jer.. 🙂
Hurmm..Okaylah ye, lepas ini aku nak bersenam kejap..Haha.. Berat aku kini lebih kurang 63.5-64 KG. InsyaAllah, aku target akhir minggu ini, aku dapat maintain berat badanku pada 64 KG. Lagi 6 KG untuk sampai sasaran.. 🙂
Khairul Azahar Sharriffuddin
14 January 2019 9:19 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya