Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 38 : Pancaindera

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera…

Daripada awal pagi sehinggalah ke waktu ini, aku masih lagi dihadapan Pc untuk menyelesaikan kerja-kerja (Freelance)… Mencabar weih.. 🙂 . Banyak perkara baru yang aku belajar termasuklah dalam beberapa hari ini. Masa di Senawang, minda aku jadi terbuka dengan peluang-peluang yang boleh aku terokai..

Okay, bercerita mengenai kisah pagi tadi. Aku telah mengambil keputusan untuk migrate kan hosting server aku ke provider yang lain. Sebelum ini aku gunakan Linode dan Digital Ocean. Aku dah tak mampu lagi untuk membahagikan masaku (bukan berbagi cinta ye). Jadi aku pilih Cloudways. Aku tak perlu pening-pening lagi, sekejap nak urus server, sekejap nak urus web..

Aku juga telah menamatkan perkhidmatan Email yang sebelum ini dihostkan di Gsuite (Google) dan beralih ke Rackspace. Bagi perkhidmatan DNS dan Storage pula, aku beralih ke Google Cloud Platform. Keputusan ini diambil bagi memudahkan urusan masa hadapan dan juga tujuan keselamatan data. Jadinya, perbelanjaan untuk mengurus setiap bulan aku akan meningkat lebih 3 kali ganda..

Kalau ada admin (pekerja) bolehlah.. Ini buat kerja seorang jer.. Berpeluh jugalah aku dari pagi sampai sekarang… Haha… Aku dah penat sekarang nie, nak tulis diari terlebih dahulu, kemudian tidur, sambung balik kerja esok. Dah berjaya nanti, aku nak amik admin yang cantik-cantik kerja dengan aku (girls only).. 🙂 .. Bak kata ibu aku, “nak cuci mata lah tue”.. Haha.. 🙂

Irama Lagu

Pagi tadi (masa server down, disebabkan migration). Aku sempatlah “godek-godek” electric guitar yang baru dibeli (sampai semalam).. Lagu ini aku embed dari Channel Instagram aku.. Boleh Follow lah ye, @lelakiberlari 🙂

https://www.instagram.com/p/BtfL5qtn5T1/

Okaylah ye, aku dah penat nie.. Kalau ikutkan, panjang lagi aku nak tulis. Sebenarnya aku lebih suka menulis naratif yang panjang. Aku nak ceritakan kembali kejadian dari bangun tidur, dengan siapa aku bercakap, apa yang aku lihat, apa yang aku dengar, apa yang aku rasa, apa yang aku lalui pada setiap detik sehinggalah ke waktu tidurku semula..

Aku boleh mengingati satu persatu pada setiap orang yang berinteraksi denganku, baik dari segi percakapannya, pergerakkan tubuhnya, bibir, tangan, dan suaranya.. 🙂 . Tapi apa kan daya, aku bukanlah seorang penulis novel 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
5 Februari 2019 10:55 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 37 : Masa Lalu
Next Post Diari 40 : Mimpi