Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Rasa menyesal pula kumpulkan semua diari di dalam masa seminggu.. Hahaa.. Aku dah takkan buat macam nie lagi lepas nie. Untuk mukadimah diari malam nie, aku tulis setelah semuanya sempurna dari diari hari pertama sehingga ke malam ini..
Kepala aku sakit malam nie (migrain) sebab tue mukadimahnya pendek jer.. Hayati jer lah kisahnya ye (aku rasa ayatnya macam berterabur, tak sempat nak edit). Selalunya sebelum sesuatu diari aku publish, aku akan review dan edit beberapa kali sebelum aku benar-benar berpuas hati dengan penggunaan bahasanya. Okaylah, jom kita selusuri kisahnya.. 🙂
10.09.2019
Alhamdulillah, hari ini aku dapat panggilan daripada prospect buyer yang datang dari laman web hartanah.my . Ini memberikan petunjuk bahawa laman web tersebut telah berjaya menarik traffic secara organik ke dalamnya. Dia menyatakan minat untuk membeli salah sebuah rumah di Kota Puteri (sofea). Setelah diperiksa, aku dapati rumah tersebut berada di dalam status bumi lot, yang mana rumah tersebut tidak boleh dipindah milik kepada bukan bumiputera. (jual-beli).
Pada masa yang sama juga aku mendapat panggilan daripada agent dari agensi yang sama untuk co-broke (Rumah Serendah,rawang yang aku dapat pada minggu lepas). Ada seorang buyer indian berminat untuk membeli hartanah tersebut. Setelah aku periksa status rumah, aku mendapati rumah tersebut juga berada di dalam status Bumi-Lot. Belum ada rezeki buat masa ini. InsyaAllah, Dia jualah yang akan menentukan pemiliknya. Jika telah direzeki kan oleh Allah s.w.t , tiada sesiapa pun boleh mengambilnya. 🙂
Nak tau tak, bekerja sendiri nie, dia punya feeling memang lain lah. Rasa pengharapan tue (teramat sangat). Benar-benar akan rasa di dalam hati rezeki itu sememangnya datang daripada Allah. Kau takkan question benda tue langsung.
Konsep nie jika diterjemahkan di dalam kehidupan dunia (pengharapan) adalah sama sebagaimana yang dipelajari di dalam kitab hidayatus salikin (fasal ketiga : pada menyatakan zuhud). Fasal ini aku gunakan untuk merujuk konsep pengharapan tadi ye, bukan kepada hal (perkara) yang mencari keduniaan. Kalau nak faham apa yang sebenarnya yang dimaksudkan didalam kitab nie, boleh bertalaqqi dengan guru-guru yang memiliki sanadnya (nanti berguru dengan aku jadi terpesong pulak).. hehee…
Dan aku sebenarnya dah muak dengan konsep rezeki (kepercayaan) yang membentuk kepada kebencian dan mewujudkan permusuhan antara manusia. Bila orang nie naik gaji, kau tak puas hati. Bila orang nie dapat gaji lebih, kau tak puas hati. Bila orang ini diberikan kemudahan, kau tak puas hati. Bila orang ini diberikan pangkat, kau tak puas hati. Aishh.. Hati akan rosak akhirnya bila berada di dalam situasi & persekitaran seperti ini, orang yang baik macam mana sekalipun akan jadi jahat jua akhirnya (sebab dikelilingi oleh orang-orang yang tak pernah merasa puas dengan kehidupan dunianya)…
kehidupan yang dimpikan
Salah satu impian aku adalah dapat membantu orang-orang yang ingin berkecimpung di dalam dunia perniagaan (terutama online business). InsyaAllah, aku adalah sedikit kemahiran & pengetahuan yang boleh dikongsi bersama (marketing & web design). Aku cuba untuk mewujudkan satu enviroment (persekitaran) mesra perniagaan sebenarnya, terutama perniagaan yang dijalankan oleh suri rumah ataupun ibu tunggal.
Walaupun aku bukan perempuan, tapi aku faham perasaan pengharapan tue. Aku ada adik perempuan (suri rumah). Aku tahu bagaimana rasa mencari rezeki untuk menampung keperluan keluarga. Aku lihat sendiri wajahnya bila mendapat tempahan daripada orang yang ingin membeli apa yang dijual olehnya. Aku lihat wajahnya ketika memegang duit hasil daripada jualannya.. Lain weih perasaanya..
InsyaAllah, aku faham perasaan itu. Aku faham bagaimana seseorang mengharap untuk mendapatkan rezeki bagi dirinya. Sebab itu, aku cuba untuk membantu orang-orang yang benar-benar berusaha mencari rezeki bagi keluarga mereka. insyaAllah, aku akan cuba..
Aku sedang bangunkan satu sistem funnel (sales page) ataupun simple landing page bagi produk. Tapi disebabkan keterbatasan waktu dan juga dana, aku hold dulu lah (bukan cancel). InsyaAllah, di izinkan Allah, semuanya kan jadi mudah suatu masa nanti. Aku nak sediakan semua ini secara percuma, tetapi benda yang percuma nie orang takkan hargai.. Last-last web akan bersarang jer dan ditinggalkan begitu sahaja..
Aku taknak perkara macam nie terjadi, nak buat web memanglah senang, meskipun boleh disiapkan di dalam sejam ataupun dua. Itu dah dikira masa juga, (masa yang tersia-sia), itu baru seorang, kalau seratus orang buat perkara yang sama. Hahaa… nak tolong orang sangat, akhirnya diri sendiri yang sangkut pula..
Meskipun ada platform shopee dan lazada untuk berniaga, tapi bukan semudah itu sebenarnya bagi peniaga kecil (melainkan menjual benda-benda yang unik). Nak cerita memang panjang lah, kena buka kelas marketing pula lah.. seorang bayar rm5000 okay ? Hahaa…
11.09.2019
Alhamdulillah, malam ini aku ada menghadiri perjumpaan mingguan di property agency. Kitaorang akan meeting every Wednesday (night). Disini boleh lihat progress setiap agent. Yang mana berjaya untuk close-sale pada minggu itu akan bercerita bagaimana proses-proses yang dilalui oleh mereka sehingga berjaya close mendapatkan buyer yang berminat untuk membeli hartanah tersebut.
Aku nak jadi seperti mereka suatu hari nanti, insyaAllah. Aku nak sampai satu tahap dimana aku boleh menjual satu hari-satu rumah. Jika dah sampai level macam tue, boleh dikatakan aku akan menerima pendapatan lebih daripada 100k sebulan. Boleh ? Ya, memang boleh, tiada apa yang mustahil di dalam dunia ini. InsyaAllah, cuma aku perlukan sedikit masa lagi untuk menjadikan semuanya realiti..
InsyaAllah, apa yang telah direzekikan oleh Allah s.w.t di dalam kehidupan ini pastinya akan sampai jua kepada pemiliknya. Takkan seseorang itu mati melainkan telah disempurnakan baginya akan rezekinya.
12.09.2019
Sekitar jam 8 pagi, aku mendapat panggilan daripada En.Faiz (top seller dalam agency). Dia katakan ada seorang buyer berminat dengan listing aku (rumah di serendah), then dia nak co-broke. Alhamdulillah, semalam aku dapat peluang pertama untuk buat demo (viewing session) dengan prospect buyer. (En. Faiz tak dapat datang sebab ada urusan)..
Memang aku goyang lah. Dalam perjalanan, aku tarik nafas panjang-panjang dalam kereta. Aku katakan di dalam hatiku, “okay, ini bidang kau dah pilih, dan kau harus belajar untuk menghadapinya”. Alhamdulillah, buyer sampai sekitar jam 6:30 petang dan aku memperkenalkan diriku (wakil bagi En.Faiz)..
Aku terangkan serba-sedikit apa yang aku tahu. Malam sebelumnya aku ada menghadiri kelas perjumpaan di agensi, aku ada belajar tentang Loan.. Alhamdulillah,pertanyaan-pertanyaan yang ditanyakan oleh buyer kepadaku tepat pada masanya. Ada beberapa kesilapan yang aku lakukan, tetapi alhamdulillah, percakapan aku agak lancar juga semalam.. Hehee.. 🙂 (tak sangka pula, selalunya gagap jer).. Haha..
Okay, jika ikutkan progressnya. Aku dah berjaya untuk ada listing sendiri (owner appoint aku sebagai agent dia). Kemudian semalam dah ada pengalaman untuk viewing session (demo). Then step lepas nie, aku kena belajar cara untuk close (collect deposit daripada buyer). Kena belajar teknik-teknik komunikasi untuk mempengaruhi seseorang di dalam tempoh yang singkat (10-40 minit). Teknik-teknik nie selalunya dikuasai oleh pakar-pakar marketing jer (kat malaysia nie ramai yang ada)..
Tapi teknik-teknik macam nie selalunya diaorang simpan (taknak kongsikan kepada umum). Kalau kongsikan pun, mesti berbayar. Datang seminar free tapi lebih kepada testimoni, nak belajar kena masuk kelas premium, pernah kan ?. Tapi sekarang zaman google, cari jer ilmu apa yang nak. Teknik yang aku selalu praktikkan, search di google terlebih dulu, lepas dapat maklumat yang kita nak, bandingkan dengan cabang platform yang lain (video site, website, buku, pendapat umum, dan pemerhatian diri sendiri). Akhirnya, barulah kita boleh buat satu kesimpulan. Itu cara yang aku praktikkanlah setiap kali ada perkara-perkara yang ingin aku tahu..
13.09.2019
Alhamdulillah, dah beberapa hari nie, boleh dikatakan zero migraine (walaupun ada auranya, tapi ia hanya berhenti sampai tahap itu sahaja). Bagi sesiapa yang tidak tahu, sebelum seseorang itu terkena serangan migraine, tanda-tandanya akan dirasai oleh pesakitnya terlebih dahulu. Kitaorang panggilkan ia sebagai “aura” lah. (tak semua orang akan lalui fasa ini). Boleh rasa kehadirannya, penglihatan akan mula kabur, kurang daya tumpuan, pertuturan sukar difahami, leher dan bahu mula terasa tegang..
Memang bila dah dapat “signal” (aura) tue, perasaan automatiknya akan terasa takut lah, sebab 99% memang terkena serangam migraine punya.. Bila dah kena.. Habislah.. akan terbaring kat katil seharian. Jika teruk, boleh sampai ke 3 hari. Macam nie nak kerja dengan orang ? Hahhaa.. kena buang kerja jer lah jawabnya..Asyik cuti jer.. Paling kronik aku pernah kena, masa kerja di CEPCO, Rawang (4 tahun aku kerja disana di dalam maintenance department). Tahun terakhir bekerja, seminggu kekadang tue datang 2 hari jer (yang lain absent)..
Tak boleh nak datang kerja.. hari-hari sakit kepala.. Masa tue, aku tak pandai nak control lagi. Bila kena jer, aku akan muntah berkali-kali sehingga terkeluar semua isi perut aku (seksanya jangan cakaplah). Alhamdulillah, sekarang dah agak pandai juga lah. Muntah dah jarang (melainkan dah teruk). Cuma terbaring jer lah. Aku akan tidur. Tapi nak buat macam mana kan ? Ini dah jadi sebahagian daripada hidup aku..
Nampak dah macam ada perubahan lepas makan ubat (vitamin) yang aku beli sebelum nie. Satu magnesium & CoQ10 (gabungkan dua), then setiap pagi aku akan makan bawang putih yang dibakar. Alhamdulillah, ada perubahan, aku katakan kepada ibuku tadi, “yang lain tak penting, yang penting dapat sihat hari nie cukup lah”.. haha.. nie lah nikmat kesihatan yang tak terhingga. InsyaAllah, bila aku sihat, banyak perkara yang aku boleh lakukan..
Hartanah.my
Okay, InsyaAllah untuk bulan ini, aku dah cuba untuk mencari investor, partner, then sponsorship bagi web hartanah.my . Untuk investor, memang dah ada, tapi buat masa ini aku sedang fikirkan sedalam-dalamnya (aku taknak suatu hari nanti merasa menyesal). Bila dah ada investor (pelabur), maksudnya mereka adalah sebahagian daripada syarikat. Aku taknak apa yang aku usahakan dari awal ini, akhirnya akan berakhir dengan sesuatu yang lain..
Untuk partnership, InsyaAllah, aku dah deal dengan satu company property (lelong) dekat bukit beruntung. Alhamdulillah, dapat responds yang baik. InsyaAllah, aku akan close deal dengan dia menjelang akhir bulan ini. Aku akan cuba dengan beberapa company lagi.Untuk Sponsorship pula, aku sedang siapkan proposal untuk dihantar kepada beberapa company. Aku dah cuba tanya-tanya.. Alhamdulillah, responds nya pun baik.
Untuk laman web hartanah.my, kesemua listing di dalam itu adalah datang daripada agent di dalam agensi tempat kerjaku sekarang. Sekiranya ada buyer yang berminat untuk membeli salah satu daripada property yang tersenarai di dalam laman web itu, aku akan mengambil komisen di atas kesemua transaksi yang berjaya…
Aku perlu complete kan kesemua kerja-kerja aku nie menjelang akhir bulan 10 . Aku dah buat kira-kira, wang simpanan aku cukup untuk bertahan sampai akhir bulan 11 (kira-kira 3 bulan). Mungkin aku akan cari part time (kerja) bulan 11 dan 12 nanti. Jika aku dapatkan selesaikan dalam masa 2 bulan, insyaAllah menjelang awal bulan 1/2020 aku akan nampak kesemua hasilnya. InsyaAllah, aku harap semuanya akan baik-baik sahaja..
Alhamdulillah, semalam ayah berkata kepadaku akan membantuku sekiranya aku mengalami kesulitan, ayah berkata, “sementara ayah masih ada lagi nie, ayah boleh bantu, kalau ada apa-apa nanti beritahu ayah”. Alhamdulillah, ayah support cita-cita aku. Ayah kata boleh berjaya, kena rajin jer, dan perjalananku hidupku masih jauh lagi.
Untuk dia..
Malam tadi, aku whatsapp wawa. Aku katakan kepada dia, seandainya menjelang akhir tahun ini, kesemua yang aku lakukan ini tidak sebagaimana yang aku harapkan, aku minta dia untuk cari orang lain lah.. aku taknak dia habiskan masa dia untuk menunggu aku…
Tapi dia cakap, dia sanggup tunggu aku sampai bila-bila. Hurmm.. Tapi aku janji lah, seandainya semuanya baik-baik sahaja, aku akan meminang dia pada akhir tahun ini. Ini merupakan salah satu keputusan yang paling besar sekali aku ambil di dalam hidup aku.. Fuhh.. boleh ke ? Hahahaa.. InsyaAllah.. 🙂
Penutup
Sebenarnya malam ini, aku tak sihat (migrain), tapi aku paksakan juga lah tubuhku ini untuk menyiapkan diari nie. Aishh.. Kisah semalam aku tak sempat nak tulis disebabkan terlalu mengantuk (semalam pergi kenduri kahwin sepupuku). Ada kisah-kisah yang aku nak kongsikan, hari nie pun sama…
Tapi lepas nie, bila aku free aku akan terus tulis jer diari lah.. taknak kumpul-kumpul macam nie lagi dah. Kita tak tahu adakah kita sihat pada suatu masa nanti, sebagaimana yang aku katakan sebelum ini. Tiada sesiapa pun di dalam dunia ini yang dapat memberikan jaminan apa yang bakal terjadi pada masa akan datang. Itu menunjukkan betapa lemahnya manusia ini sebenarnya…
Khairul Azahar Sharriffuddin
15 September 2019 11:11 minit malam
Kampung sungai buaya, selangor