Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah, sebelum nak berbuka nie (insyaAllah), aku nak kongsi sedikitlah diari perjalanan ramadhanku untuk beberapa hari nie. Hari nie dah masuk Ramadhan yang ke 12 kan ? Baiklah, semalam sekitar jam 12 tengah hari, aku keluar sebentar ke bandar bukit beruntung untuk mencari chemical liquid untuk membersihkan aircond dirumah aku. Air-cond dah penuh habuk, bila aku masuk ke dalam bilik ibuku (dah tak rasa sejuk).
Setibanya aku di Bandar Bukit Beruntung, aku pusing-pusing terlebih dahulu mencari kedai-kedai hardware yang telah dibuka. (selepas PKP nie). Sedang aku mencari tue, pandanganku terarah ke suatu kawasan yang agak sesak dengan orang ramai. Tertanya ku difikiran, “apasal ramai sangat kat sini nie, siap ada RELA lagi, gaduh ke apa ?” (ada sekitar 50-80 orang di hadapan kedai). Saat drive melintas di hadapan kedai tersebut, aku tergamam melihat signboard “kedai pajak gadai”. Serius aku kesian masa tue..
Dalam seumur hidup aku. Inilah kali pertama aku melihat orang beratur terlalu ramai di hadapan sebuah kedai pajak gadai. Kesian kan.. Ramai orang yang susah sebenarnya, cuma kita tak tahu jer. Fikiran aku agak terganggu ketika itu. Aku drive balik ke rumah dalam keadaan fikiran aku yang melayang. Aku tak jumpa chemical liquid (aku pun dah malas nak cari), aku just pusing-pusing dan terus drive pulang tanpa beli apa-apa di bandar bukit beruntung.
Masa itu aku berkata-kata dengan diriku sendiri, aku rasakan orang yang buat petition agar PKP ini dilanjutkan adalah orang yang selfish sebenarnya (pentingkan diri sendiri). Aku ada berbual dengan adik aku juga mengenai hal ini (orang yang menyokong petition sambungan PKP). Kata adikku mudah sahaja, “kalau rasa diri tue tak selamat, minta jerlah cuti tanpa gaji, kat office tue ada borang cuti tanpa gaji, lepas tue duduk rumah diam-diam, macam tue baru fair”.
Orang macam nie tak fikir tentang orang lain (dia fikir diri dia dan keluarga dia sahaja nak hidup). Dia tak fikir masa nie ada yang kena buang kerja, ada yang tak boleh berniaga.. aku anggap orang macam nie selfish jer ! (maaf ye, sekiranya kenyataan aku ini sangat keterlaluan, maafkan aku).KKM dah keluarkan kenyataan bahawa virus ini akan tetap ada dalam komuniti sekurang-kurangnya setahun sehingga 2 tahun… Suka atau tidak, kita kena terima kenyataan itu. Masing-masing perlu jaga diri masing-masing sekarang nie..
Realitinya, ramai orang yang masih hidup sekarang nie dengan pendapatan bawah RM2000 sebulan. (kebanyakkan sudah berkeluarga). Anak-anak muda yang baru habis belajar, kalau kerja kilang, dibayar gaji Rm1100 ( ada yang kerja kontrak, kenaikan gaji tiada, bonus tiada, kemudahan dari majikan tiada). Bukan sikit, ramai orang yang sebegini.. Aku anggap ini semua kapitalis yang hanya menggunakan tenaga manusia untuk kepentingan diri diaorang sendiri sahaja. (maaf sekali lagi dengan ayat-ayat yang digunakan)..
Sejujurnya aku tak suka dengan jenis majikan yang ambil kesempatan dengan kekurangan yang ada pada pekerja (pendidikan ataupun pengetahuan) yang anggap pekerja sebagai kuli sahaja. Tapi nak buat macam mana kan, dah duit & kuasa tue ada kat tangan diaorang, boleh jadi kalau kita yang ada kat tempat diaorang, kita pun akan jadi macam itu (atau lebih teruk lagi)..
Baiklah, aku doakan semua yang sedang berada di dalam kesusahan sekarang nie, agar dilapangkan hendaknya hidup diaorang. Hanya doa sahaja yang aku boleh hulurkan untuk semua. Semoga kuat dan tabah menghadapi hari-hari yang mendatang ini dan semoga semuanya akan baik-baik sahaja.. InsyaAllah..
Khairul Azahar Sharriffuddin
6 Mei 2020 6:53 Minit Petang
Kampung Sungai Buaya, Selangor