Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 44 : Depression

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

InsyaAllah minggu hadapan aku akan bercuti selama seminggu bermula daripada hari isnin sampailah hari sabtu. Sudah ada beberapa perkara yang aku dah planning untuk aku lakukan, aku ingat aku nak bercuti ke Bukit Fraser (belum pernah sampai ke atas). Dahulu aku rajin juga (bila ponteng kerja) pergi ke Empangan Hulu Selangor. Waktu itu, air dia masih lagi penuh (hampir ke jambatan).. Macam sekarang, dah surut, tak cantik macam dahulu..

Pagi semalam, bila sampai ke tempat kerja, aku masuk ke bilik Mr.Kevin. Aku cakap dengan dia, “Mr.Kevin, saya nak bincang perkara personal”. Mr.Kevin, macam biasalah, bila kita nak cakap something dengan dia.. dia akan pandang ke muka kita. Aku cakaplah, “sekarang saya rasa macam dah depression, saya perlukan cuti untuk balance kembali saya punya life”. Ada lagi beberapa perkara yang aku kongsikan dengan Mr.Kevin secara private, dan dia pun bersetuju dengan cadangan aku, dan dia cakap, “okay, saya faham perkara macam ini, sekarang production pun dah slow, you boleh ambil cuti next week lah, saya rasa you perlu ada girlfriend, nanti boleh kongsi cerita, nanti saya call Hidayah dulu”… Hahaa 🙂

Aku pernah ada pengalaman sebelum ini (depression). Alhamdulillah, aku dah tahu macam mana nak control perkara-perkara seperti ini. Ramai orang ambil mudah, depression ini kalau kita tak kawal dari awal, ia akan menjadi lebih teruk (taknak bergaul dengan orang, menyendiri, rasa diri macam tak berguna) dan sampai satu tahap dia akan rasa, dia tak perlu ada lagi dalam dunia ini..

Zaman Remaja

Kat tempat kerja aku, ada 3 orang budak kontrak bekerja (jemur material yang basah). Ada dalam sebulan juga diaorang dah bekerja, baru habis SPM (sekarang tengah tunggu keputusan). Selalu juga aku lepak dengan diaorang, layan diaorang punya cerita.. cerita adik-adik lah.. 🙂

Semalam Sai diam jer, aku tanya lah dia, “Sai, diam jer hari ini, ada masalah ke ?” Afiq balas, “dia broken bang”. Aku tanya lagi, “broken dengan awek kau ke, sebab kau cakap kau kerja jemur pasir ke ?”.. Haha.. :-).

Kemudian Rahim, Sai, dengan Afiq, jawab, “member-member kitaorang tanya, kerja apa ?. kitaorang cakap Drying, upgrade sikit cakap english..Haha ..Lepas itu kitaorang cakap, kiaorang kerja kat belakang sekali, sebenarnya duduk luar kilang,, Haha… :-)” . Best layan diaorang, aku suka cara diaorang bergurau antara satu dengan yang lain (macam itulah kita dulu).. 🙂

Okaylah ye, dah nak subuh nie.. Sebenarnya ada lagi cerita semalam. Aku rasa macam tak sempat nak tulis jer.. 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
13 Februari 2019 5:59 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 43 : Zuriat
Next Post Diari 45 : Suami