Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 45 : Suami

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera…

Hari ini dah hari khamis ye, aku ingatkan hari rabu… Haha.. 🙂 . Tahniah buat helmy dan isteri, menerima cahaya mata baru di dalam keluarganya. Nur Auliya Alaina Bte Muhammad Al Helmy.

Banyak perkara yang aku belajar daripada rakan-rakan aku tentang hal-hal kekeluargaan. Hari ini aku nak cerita sedikit tentangnya. Aku mulakan dengan Farrizal lah ye, 🙂 . Masa aku partner dengan dia di control room dulu, boleh dikatakan setiap hari, dia akan video call dengan isteri,mesra jangan cakaplah 🙂 , siapa yang dengar mesti cemburulah, (macam orang masih bercinta), sekarang pun masih lagi begitu..

Dari kasih sayang suami kepada isteri, yang nie tak boleh nak lawan helmy.. Cara dia cakap dengan isteri dia pun, memang lemah lembut, apatahlagi dengan anak dia.. Aku nak perkara ini terjadi dalam hidup aku (cara aku melayan isteri dan anak)..

Saga pula, yang nie jangan cakaplah.. Haha.. :-). Selain daripada Dimal, dia ada buat jobs lain (kat luar), yang nie aku nak cerita tentang kesetiaan isteri dia dalam susah dan senang..

Cerita tentang Kasih Sayang Suami kepada anak, yang nie tak boleh lawan Rao lah.. Semalam anak dia tak sihat pun, setiap jam dia call orang rumah bertanyakan tentang keadaan kesihatan anak dia.

Boleh dikatakan rakan-rakan aku (semenjak dari zaman aku bekerja dulu), susah aku nak jumpa yang kaki perempuan, tengok perempuan itu, biasalah (dah jadi sifat lelaki kan), tetapi ia takkan lebih daripada itu..

Aku dapat lihat dan rasa macam mana pengorbanan diaorang terhadap keluarga.. Jika nak cerita panjang, ini pun macam dah tak sempat nak cerita (dah nak subuh).. InsyaAllah minggu nie aku akan sambung kembali cerita nie, aku akan complete kan . 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
14 Februari 2019 6:08 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 44 : Depression
Next Post Diari 46 : Ada Harapan