Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 185 : Wahn Di Qalbu..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Hari ini, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perutusan Khas mengenai COVID-19 dimana Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan mulai 18 Mac 2020. Ada 6 perkara yang terkandung di dalamnya, antaranya penutupan premis-premis kerajaan dan swasta, larangan perhimpunan, menyekat kemasukan pelawat ke dalam negara dan lain-lain.

Bagi aku, ini merupakan tindakan yang paling bijak yang boleh dibuat oleh kerajaan buat masa ini. Meskipun, pengurusan COVID-19 diletakkan dibawah Majlis Keselamatan Negara (MKN), tetapi buat masa ini kerajaan hanya menggunakan akta pencegahan & kawalan penyakit berjangkit 1988 dan juga akta polis 1967 untuk menguatkuasakan larangan ini. Maksudnya, jika ada pihak-pihak yang ingkar kepada larangan tersbut, maka tindakan kerajaan kepada individu ataupun organisasi perniagaan adalah berdasarkan undang-undang tersebut sahaja. (fasa tindakan awal yang lebih lembut, mungkin hanya tindakan saman sahaja)

Bila kemasukan pelawat asing telah disekat, maksudnya wabak yang ada di dalam Negara saat ini boleh dikawal oleh rakyatnya sendiri. Jika tidak berjaya juga, maknanya apa ? Maknanya rakyat negara itu sendiri tidak patuh kepada undang-undang mereka sendiri. Sebab itu kerajaan menggunakan Akta yang lebih lembut untuk membendung wabak ini pada peringkat awal.

Jadi aku tak hairanlah sekiranya Kerajaan menggunakan akta yang lebih tegas dibawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) sekiranya keadaan makin kritikal selepas gagal untuk mendidik rakyatnya sendiri. Dibawah akta Majlis Keselamatan Negara, Perdana Menteri diberi kuasa mutlak untuk mengisytiharkan kawasan keselamatan. Pasukan keselamatan boleh menangkap tanpa waran, berhenti, cari, memasuki premis, mengambil milikan mana-mana tanah, bangunan dan harta. Semua hal yang dilakukan oleh MKN adalah rahsia mutlak dan tiada tindakan atau tuntutan mahkamah boleh dibawa terhadap MKN. Ini untuk memastikan semua orang patuh kepada undang-undang negara bagi memastikan keselamatan rakyatnya terjamin.

Dari petang tadi orang dah start panic buying. Apa mengarut lah diaorang nie sampai beli magee berkotak-kotak (Penuh satu kereta). Orang macam nie memang tak boleh pakai langsung, pentingkan diri. Umpama dia berkata, “aku dan keluarga aku nak hidup, orang lain mati tak mengapa”. Selama nie aku nampak kat TV jer (situasi di luar negara), tapi hari nie aku nampak sendiri dengan mata aku, bagaimana sifat manusia itu sebenarnya..

Dia fikir dengan beli sebanyak itu boleh selamatkan dia selama-lamanya, dia tak kisah orang lain dapat ataupun tidak. Diaorang fikir, kalau aku tak ambil, orang lain yang ambil…Selfish ! Yang nie baru sikit, tapi manusia dah jadi rakus sampai tahap macam nie. Manusia taknak lapar.. Manusia taknak sakit.. Manusia taknak susah.. Manusia takut mati..

Tapi fikirannya, biar manusia lain lapar.. Biar manusia lain sakit.. Biar manusia lain susah.. Biar manusia lain mati.. Tapi bukan aku ! Nak tahu datang penyakit ini dari mana ? Aku teringat satu sabda Nabi Muhammad S.a.w yang dituturkan oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, iaitu penyakit Wahn (cinta dunia & takut mati).

Khairul Azahar Sharriffuddin
17 Mac 2020 12:58 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Diari 184 : Penawar Bagi Hati
Previous Post Diari 184 : Penawar Bagi Hati
Diari 186 : When The Love Falls
Next Post Diari 186 : When The Love Falls