Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 190 : Apa Yang Kamu Boleh Belajar Dari Cerita Ini..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera…

Malam semalam line internet langsung takde (red signal), hilang punca juga tak tahu nak buat apa.. Haha.. akhirnya aku baru perasan ada satu siri running man yang belum aku tonton, jadi itu jer lah hiburan aku malam tadi, sampai pukul 3 pagi line internet masih tiada, akhirnya aku terus langgan internet DIGI. Buat masa nie aku ada guna 2 line internet (Kedua-duanya YES 4G).

Okay, untuk hari ini aku nak kongsikan satu cerita. InsyaAllah aku harap kau orang boleh belajar sesuatu daripadanya (cerita berdasarkan pengalaman yang aku lalui sebelum ini).

Mulanya Disini…

Selepas aku berhenti kerja pada penghujung bulan 8/2019, aku terus menceburi bidang hartanah (perunding hartanah). Aku terlibat lebih kurang dalam tiga bulan (sehingga penghujung bulan 11). Alhamdulillah, banyak perkara yang aku belajar terutama ilmu-ilmu yang berkaitan pengurusan jual, beli dan sewa hartanah.

Dengan berbekalkan ilmu yang aku dapat itu, aku kini secara aktif terlibat dalam pembangunan products IT berkaitan Hartanah secara sepenuh masa sehinggalah sekarang(melalui syarikat perniagaan sendiri). Walaupun aku dah berhenti dalam bidang perundingan hartanah, tapi aku masih lagi bergaul dengan orang-orang yang terlibat di dalam bidang hartanah secara aktif. Nak tahu apa yang istimewanya tentang bidang hartanah nie ?

Pertama sekali, bidang perundingan hartanah nie boleh jadikan kau dari zero ke hero, dari miskin ke kaya, dari orang biasa kepada luar biasa dalam tempoh yang sekejap sahaja. Tak perlu belajar tinggi-tinggi. Jika kau nie jenis orang yang mesra melayan orang, lagi senang & cepat (terutama orang perempuan). Bidang hartanah ini adalah dunia rezeki berdasarkan usaha. Jika rajin berusaha akan ada hasilnya.

Suri rumah paling sesuailah, sebab bidang perundingan hartanah nie tak memerlukan komitmen yang tinggi (cuma perlukan masa yang singkat untuk marketing, dan ia boleh buat pada waktu malam). Waktu siang pula boleh bawa prospek/buyer untuk view rumah. Agensi tempat aku kerja sebelum nie, secara kasarnya seorang suri rumah boleh dapat komisen antara 5-20 Ribu sebulan. Banyak kan ?

Bidang yang boleh ubah hidup kau serta merta. Buat masa nie, aku masih belum lagi berminat untuk join mana-mana agensi hartanah. Aku nak tumpukan perhatian dulu dengan apa yang aku buat sekarang nie (IT Products). InsyaAllah, mungkin dalam tahun ini atau tahun depan aku nak terlibat semula. Walaupun ia bidang yang hebat untuk mengubah hidup seseorang, tapi ada sisi gelap di sebaliknya, nak tahu ?

Sisi Gelap..

Aku cerita berdasarkan pengalaman aku lihat sendiri ye, bukan aku tulis berdasarkan andaian sahaja. Satu, disebabkan bidang nie boleh mengubah hidup seseorang dari zero ke hero, maka akan adalah orang yang cepat lupa diri. Dah rasa diri hebat, lebih pandai daripada orang lain, rasa ilmu dia yang paling tinggi.. Orang macam nie kau akan biasa jumpa dalam bidang hartanah..

Actually sifat-sifat macam nie kau boleh tengok kat wall facebook masing-masing lah. Sifat suka memperli terutama perli buyer, tuan rumah, atau agent-agent dari agensi lain. Ada yang sampai screenshot perbualan di whatsapp dan upload ke facebook dengan tujuan menghina dan memperli orang. Budaya suka screenshot perbualan di whatsapp nie dah jadi suatu perkara biasa pula sekarang, hairan aku. Perkara tue private kot. Ada juga yang perli buyer sebab takde deposit rumah. Patutnya sebagai perunding hartanah, guide buyer tue, bukannya kau perli orang itu..

Ada satu peristiwa yang pernah terjadi kat aku, seorang buyer PM aku di messenger facebook, bertanyakan mengenai rumah untuk dijual, then aku berbual lah dengan dia, lama juga, sampai satu ketika dia katakan kepada aku, “saya dah tanya kebanyakkan agent-agent melayu sebelum nie, tapi bila saya cakap saya berniaga sendiri, kebanyakkanya layan saya macam sampah”. Bila aku dengar tue, aku tak terkejutlah, sebab aku dah biasa tengok sikap agent-agent yang suka perli-memperli nie.

Hampir 95% daripada friends di facebook aku adalah orang-orang yang terlibat dalam industri hartanah. Aku ada lebih kurang 5 akaun facebook, setiap satunya digunakan bagi tujuan berbeza. Bayangkan feeds yang melintas kat facebook aku, mesti aku akan jumpa ayat-ayat yang memperli dari Agent-Agent Hartanah. Macam kau rasa diri kau dah hebat sangat, orang yang nak beli rumah tue bodoh, dan tuan rumah tue tak tahu apa-apa.. Macam kau lah paling pandai mengenai hartanah…

Tapi yang bestnya bila tiba musim COVID19 nie, hampir semuanya senyap… 🙂 Serius.. Feeds aku senyap dari agent-agent yang suka perli memperli nie. Allah s.w.t Maha Adil kan ? Masa nie sales jadi zero dan aku pasti dalam tempoh yang agak lama juga, market (pasaran) hartanah akan lebih perlahan sebelum kembali stabil. Siapa kau nak cari lepas nie ? Golongan-golongan yang kau perli dan sindir sebelum nie lah… Dunia ini macam roda kan, tak semestinya setiap orang akan tetap berada di atas. Cukup masa akan kita akan turun ke bawah.. Bukan di dalam bidang hartanah jer, mana-mana bidang pun sama. Takkan sesekali kesombongan itu menjadikan manusia hebat.. Takkan !

***ini aku bercerita melalui pengamatan aku ye, tapi ada jer aku jumpa orang-orang yang humble (merendah diri) dalam dunia nie, alhamdulillah ramai sangat. Sampai sekarang aku masih lagi lepak dengan diaorang pada hujung minggu, ada yang buat sales commission 10k sebulan dan masih merendah diri.


[Sedikit coretan hati]. Dah sampai penghujung bulan 3 kan ? Alhamdulillah, tahun ini usiaku dah mencapai 34 tahun (masih single) dan aku berharap & berdoa, agar ditemukan dengan suri yang dapat menjadi peneman dalam hidupku. Actually malam-malam macam nie aku rasa sunyi, rasa macam kosong. Berat rasa ujian nie, aku takut aku tak mampu nak tahan semua ini dan aku berharap kau orang doakan aku ye, doakan aku istiqamah dengan apa yang aku lalui sekarang ini… Aku lelaki tak sempurna dan jauh dari kesempurnaan, tapi aku nak jadi seorang lelaki & suami yang terbaik dalam kehidupan ini..

Khairul Azahar Sharriffuddin
30 March 2020 2:30 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Diari 189 : Doakan Aku Ye..
Previous Post Diari 189 : Doakan Aku Ye..
Diari 191 :  Sebab Duit.. Itu Jer
Next Post Diari 191 : Sebab Duit.. Itu Jer