Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 206 : Dilemma Menjadi Seorang Designer

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Malam nie aku continue (menyambung)semula kerja-kerja untuk design web demo. Web demo (sample) ini sebenarnya sangat penting untuk portfolio kita. Takde lah nanti client minta nak tengok hasil kerja kita daripada previous client.. Sebab apa aku taknak tunjuk hasil kerja yang pernah aku buat kepada client baru ?

Actually, nie salah satu perkara yang menjadi dilemma bagi seorang web designer atau web developer. Kenapa ? Hehe.. 🙂 .Ringkasnya beginilah, kebanyakkan hasil kerja yang pernah kita buat itu tidak “melambangkan” kemahuan yang datang dari seorang designer. Mengapa ? Biasanya bila kita design dan develop sesuatu web, sebagai designer kita akan mengikut sepenuhnya kemahuan yang dikehendaki oleh client (secara tepatnya web interface). Jarang-jarang sekali client “patuh” kepada nasihat designer..

Kebanyakkan ia berkaitan dengan isu penggunaan warna yang tidak match dan layout yang tidak sesuai mengikut pandangan seorang designer. Tapi apa boleh buat kan ? Kita dibayar untuk melakukan kerja.. Jadinya hasil kerja akhir itu tidak akan menepati “makna” yang dikehendaki oleh seorang designer… Nak tunjuk kepada client baru pun macam berat jer nak tunjuk.. bukan apa, nanti prospek client ingat kerja kita nie cincai-cincai sahaja…

Sebab itulah, web demo (sample) ini sangat penting untuk menunjukkan kepada bakal prospek bagaimanakah hasil kerja akhir seorang web designer itu akan menetapi ciri-ciri sebuah laman web yang responsive, fresh, easy to navigate, clean, dan terbaik mengikut pandangannya.
Repair Laptop Lama

Hari nie, sparepart laptop yang aku beli di shopee baru sampai ke rumah (laptop keyboard). Ada 2 lagi barang yang belum sampai (cpu fan dan wifi adapter). Actually aku ada 2 laptop, kedua-duanya bermasalah, tapi masih lagi berfungsi (cuma kena connect dengan external monitor, keyboard dan mouse).. Hahaa.. :-).

Beberapa hari yang lepas, aku ada menerima satu panggilkan daripada bakal prospek yang ingin berjumpa berkenaan dengan laman web.. Masa nie aku terfikir, nak jumpa pun, laptop takde.. Jadinya masa tue aku terfikir nak beli laptop baru, fikir punya fikir.. tak perlu rasanya. Nak beli pun paling kurang kena RM1200 (nak kena jimat duit).. Aku periksa semula laptop aku yang rosak sebelum nie.. ada 3 benda yang rosak (Cpu Fan, Wifi connection dan Keyboard)..

Tengok kat shopee dan lazada, alhamdulillah ada spartpart nya.. Aku kira-kira tak sampai RM120. Keyboard aku dah tukar tadi.. Alhamdulliah… berfungsi.. nak tunggu wifi adapter dan cpu fan sampai ke rumah jer.. InsyaAllah, aku akan gunakan laptop nie hanya untuk untuk berjumpa client sahaja.. Untuk kerja-kerja dirumah aku memang gunakan PC Desktop (planning nak beli satu lagi beberapa bulan lagi).. Kena ada backup PC..

Itu jerlah rasanya aku nak cerita kot.. Hahaa 🙂 . Sebenarnya aku tengah transfer data whatsapp ke telefon baru. Telefon aku sebelum nie dah Full (tak boleh terima data baru dah)… Sambil nak tunggu tue, sempat jugalah nak menulis.. Hehee.. 🙂 Okaylah ye, InsyaAllah nanti jumpa lagi ye.. 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
11 July 2020 12:28 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Diari 204 : Yang Mendamaikan Rasa Hati
Previous Post Diari 204 : Yang Mendamaikan Rasa Hati
Diari 207 : Kegagalan Itu Hanyalah Permulaan..
Next Post Diari 207 : Kegagalan Itu Hanyalah Permulaan..