Assalammualaikum dan salam sejahtera…
Aku tidur awal malam tadi dan bangun sekitar jam 3 pagi tadi. InsyaAllah untuk beberapa minggu nie, aku akan akan mula membantu ahli keluargaku untuk membuat persediaan perkahwinan adik perempuanku pada 22/8/2020 nanti (InsyaAllah, moga dipermudahkan). Jadinya, aku perlu susun semula waktu kerja supaya aku ada waktu yang cukup untuk membahagikan masa bagi kedua-duanya. Waktu macam nie sebenarnya seronok buat kerja (waktu awal pagi) sunyi jer.. Hehee.. 🙂
Baiklah, hari nie aku nak kongsikan sedikit mengenai kejadian yang berlaku padaku semalam. Semalam sekitar jam 2 pagi, aku mulakan kerjaku dengan mengemaskini dan backup hampir kesemua laman web ke cloud server (laman web sendiri dan client), alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Tapi ada satu masalah ketika aku mengemaskini blog lelakiberlari.com. Aku terdelete file database di dalamnya, masa tue aku tak cuak sangat, sebab di dalam server memang dah ada backup files yang di create setiap hari secara automatik (just aku click restore jer dan semuanya akan kembali kepada state yang asal)..
Tapi..Tapi.. bila aku click restore, web masih tak boleh access juga, rupanya files yang aku nak restore tue pun ada masalah… Pufttt..Aku terpaksa download semua file secara manual dan upload semula ke web server yang lain (kali nie aku guna ovh singapore data centre), performance pun cantik sama sebagaimana yang aku gunakan sebelum ini (alibaba cloud, malaysia data centre).. Alhamdulillah, dari pukul 3.30 pagi sehinggalah pukul 8 pagi baru selesai semuanya.. 🙂
Hanya satu diari sahaja yang hilang (tak dapat nak restore) iaitu diari yang ke 205. Aku pun dah lupa tajuknya.. Hahaa.. Hurmm.. memang aku kena hati-hati lah lepas nie. Backup files nie sangat penting bagi memastikan semua hasil kerja-kerja tak hilang begitu sahaja.. Bayangkan hasil kerja selama bertahun-tahun hilang begitu sahaja disebabkan kelalaian diri sendiri. Jadinya designer diluar sana perlu membuat backup secara berkala lah ye (peringatan untuk diri sendiri juga), jika tak dapat recover semuanya at least dapat jugalah dari hilang semuanya kan ?.. Takut betul aku semalam.. Hahaha…
Baiklah, aku nak sambung semula kerja aku. Sekarang nie aku sedang muat turun files dari laman web lazada. Files ini terkandung semua products di dalam laman web lazada mengikut kategori (boleh muat turun sehingga 5 juta products dan import ke laman web sendiri)… Minima boleh download 500k products.. Nak tahu lebih lanjut ? Meh whatsapp aku.. Hehee.. 🙂
Khairul Azahar Sharriffuddin
23 July 2020 4:57 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor