Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 210 : Ikatan Perkahwinan

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, semalam majlis akad nikah adik perempuanku Siti Nabiha dan pasangannya (adik iparku) telah selamat dijalankan. Majlis perkahwinan diraikan di dalam majlis yang ringkas dan jemputan majlis hanya untuk ahli keluarga dan jiran-jiran terdekat. Tambah lagi orang lelaki dalam keluarga kami 🙂 .

Aku ? tak tahu lagi bila lah.. hehe.. insyaAllah ada rezeki, adalah nanti.. Teringin juga nak ada family sendiri (walaupun dah agak lewat untuk mulakan kehidupan berkeluarga). Semalam selepas majlis akad nikah, ada tazkirah ringkas yang disampaikan oleh imam berkenaan taklik (tebus talak), bila mendengarkan tazkirah nie, aku rasa nak menangis masa tue, antara intipati tazkirahnya,

“Dengar baik-baik ye, kenapa nilai RM10 perlu dibayar oleh isteri bagi proses tebus talak ? Kerana itu adalah nilai bagi seorang suami yang gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. RM10 sahaja nilai suami. Isteri boleh korek tabung cari RM10 atau kutip-kutip tin dan jual untuk dapatkan RM10.. Faham ye ?”

Mendalam sangat kan ? Terkesan aku mendengarnya. Dan satu lagi, sebelum akad nikah, imam ada menyeru agar semua orang beristigfar dan berselawat, katanya, “kita celik sahaja mata dah buat dosa”. Jarang-jarang jugalah aku nak terkesan dengan ayat-ayat tazkirah, syarahan, atau apa jua bentuk ajakan kepada kebaikan nie, tapi semalam memang rasa lain. Baiklah, habis bab kahwin 🙂 .

Dah lama aku tak update blog kan ? Busy ? Adalah sikit sampai tak sempat nak ada masa untuk menulis. Tapi kau orang boleh jer baca kat status whatsapp aku, aku menulis juga kat sana sebenarnya.. Haha 🙂 . Tapi tak syok sangat menulis kat status (banyak missing point). Blog juga terbaik.. Hehee.. 🙂 . Tapi kat sini tak boleh lah nak tulis-tulis bab-bab yang tak berkaitan dengan life aku sebagaimana whatsapp (nama pun diari kan ?) 🙂

Rutin Baru

InsyaAllah mulai esok, aku nak jongging pada waktu pagi 🙂 . Aku nak create rutin baru dalam hidup aku. Tadi dah survey tempat, aku kira adalah dalam 4km.. Hehe 🙂 . Keinginan itu timbul bila aku tengok ramai orang yang jogging pada waktu pagi di kejiranan tempat tinggal aku nie (kebanyakkannya orang tua)..

Bila aku tengok orang-orang tua yang banyak bersenam, membuatkan aku berfikir, sebab apa ? Mesti ada sebab kan ? Mungkin sebab ada masalah kesihatan ke, tenaga mula berkurang ke, badan sakit-sakit ke, mungkin lah.. Aku pun tak tahu (sebab aku tak berada di tempat mereka). Jadinya, aku buat kesimpulan aku perlu bermula sekarang… 🙂 . Tapi nikmat bersenam nie memang lain sebenarnya.. kau akan rasa fresh.. peluh-peluh gitu.. hahaa.. 🙂

Lepas itu ada beberapa rutin baru yang akan aku buat (yang nie rahsia).. 🙂 . Kalau nak tahu, kena jadi pembaca tegar dalam baca blog aku lah ek.. 🙂 . Okaylah ye, hari nie nak tulis ringkas-ringkas jer. Mulai esok aku akan start semula kerja selepas seminggu bercuti, mudah-mudahan semuanya akan dipeermudahkan.. Aamiin… 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
23 Ogos 2020 2:24 PM
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Diari 209 : Yang Hilang Takkan Kembali..
Previous Post Diari 209 : Yang Hilang Takkan Kembali..
Diari 211 : Kau Tidak Lebih Baik Dari Dirinya..
Next Post Diari 211 : Kau Tidak Lebih Baik Dari Dirinya..