Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 211 : Kau Tidak Lebih Baik Dari Dirinya..

Asssalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Ini merupakan diari pertama bagi bulan 9 🙂 . Dah jarang-jarang aku menulis kebelakangan nie disebabkan memberi lebih tumpuan kepada kerja, apatahlagi dengan dateline beberapa tugasan yang perlu diselesaikan. Actually, sayang juga tak menulis nie, sebab banyak juga perkara yang tak boleh dikongsi, serius ada banyak perkara yang aku nak ceritakan.. Hehee 🙂

InsyaAllah, aku akan cuba untuk luangkan masa aku at least seminggu sekali (hari ahad) untuk menulis. Aku cubalah ye.. 🙂 . Baiklah, untuk penulisan hari nie, aku nak kongsikan mengenai “sifat diri”. Cerita nie tiada kena mengena dengan orang yang ada disekeliling aku, ia lebih kepada perceritaan bersifat umum (semua orang takkan terkecuali untuk merasainya). Yup, semua orang akan ada rasa sifat nie.. Sifat yang tak baik, kalau dibiarkan bersarang di dalam hati, maka takde beza lah dengan sifat iblis (merasa diri lebih baik)…

Mungkin dalam hal keduniaan, rasa nie akan dianggap normal. Aku lebih baik daripada dia, aku lebih memiliki daripada dia, aku lebih layak daripada dia.. Kalau kau orang huraikan sifat nie jer, macam-macam result kau orang boleh dapat.. Lagi teruk jika sifat nie ada dalam hal-hal keagamaan, “amal kebaikan aku lebih daripada dia”, “ibadat aku lebih baik daripada dia”. Semua nie bukan dalam bentuk perkataan tau, semuanya lintasan di dalam hati jer (kau orang takkan boleh kawal benda nie). Inilah dinamakan sifat takabur (merasa diri lebih baik, lebih tinggi, lebih pandai daripada dari orang lain)..

Rasa-rasa ada tak dalam diri kau orang ? Kalau kau orang cakap tiada, maksudnya kau orang tak perasan pun rasa tue bersembunyi dalam hati kau orang.. Sifat tue takkan ada sepanjang masa, tapi dia akan datang bila waktu-waktu tertentu sahaja. Selagi mana manusia tue bernafas selagi itulah sifat-sifat terkeji dan tercela nie akan ada dalam hati..

Hati nie perkara yang paling penting sekali untuk dijaga (untuk diri lah), bukan bermaksud kau perlu jaga, lihat dan menilai hati orang lain 🙂 . Lihat kepada hati sendiri. Bila kau dah tahu bagaimana sifat hati kau, baru kau akan tahu, sebenarnya kau tidak lah lebih baik daripada orang lain… Tak..

Khairul Azahar Sharriffuddin
20 September 2020 11:01 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Diari 210 : Ikatan Perkahwinan
Previous Post Diari 210 : Ikatan Perkahwinan
Diari 212 : Apa Yang Ada Di Tangan Orang Lain
Next Post Diari 212 : Apa Yang Ada Di Tangan Orang Lain