Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, malam nie aku dapatkan siapkan satu web untuk client. InsyaAllah, esok akan collect payment 😉 . Tadi aku WhatsApp dengan rakan sekerja lama (Ashraf), punyalah lama aku berjanji dengan dia nak pergi memancing bersama, sampai sekarang tak pergi-pergi lagi.. Haha.. 🙂 .Dengan PKPB macam nie, memang tak boleh nak buat aktiviti-aktiviti macam tue lagi..
Aku dah rindu sangat nak tengok Empangan Hulu Selangor sebenarnya.. (bukan nak memancing sangat pun). Tempat favorite aku tue.. Hehe.. banyak sangat kenangan kat sana. Lagipun tempatnya sangat tenang… InsyaAllah, lepas tamat PKPB nie, aku akan kesana….
Baiklah, aku ada cerita sedikit mengenai kejadian pagi tadi. Seperti biasa setiap pagi aku akan bersihkan persekitaran rumah termasuklah kandang kucing (rutin harian). Masa aku bersihkan tue, aku tak tahulah binatang apa yang senggat jari kaki aku sampai bengkak wieh… Aku rasa macam lebah (rasanyalah). Rasa nak pengsan masa kena gigit tue.. Haha.. Kaki aku masih bengkak lagi nie, tapi boleh jalan macam biasa lah.. Bila fikir-fikir kembali, rasa kelakar pun ada.. Kaki gemuk sebelah.. Hahaa…
Baiklah, aku rasa itu jer aku nak cerita kot malam nie.. Haha.. Dah nak tidur, malas aku nak tidur lewat, nanti susah nak bangun pagi.. 🙂 . Okaylah ye, Assalammualaikum 🙂
Khairul Azahar Sharriffuddin
16 Oktober 2020 12:05 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor