Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 215 : Yang Jelas Itu Tidak Kelihatan

Assalammualaikum dan salam sejahtera…

Dah lama aku tak login dalam dashboard lelakiberlari nie.. Hehee 🙂 . Alhamdulillah, semalam genap seminggu aku lancarkan produk baru hartanah.my iaitu hartanah.me . (Dah ada dalam 30 orang yang mendaftar & yang menggunakan perkhidmatannya). Sekiranya kau orang ada kenalan yang berkecimpung di dalam bidang hartanah, bolehlah refer diaorang untuk menggunakan servis aku nie ye.. 🙂

Baiklah, hari nie aku nak kongsikan satu cerita. Nak kata serius, takdelah serius sangat.. tapi meninggalkan kesan jugalah dalam diri. Begini kisahnya. Beberapa hari yang lepas, aku ada terbaca satu post kawan di Facebook. Katanya, dia dah jarang nak meninggalkan & berbalas komen di dalam media social sekarang nie disebabkan dia merasakan, akan ada sesuatu yang tidak “enak” dirasakan dalam hati dia (seolah-olah ada titik hitam) bila dia melakukannya…

Dia tambah lagi, walaupun dia tahu orang itu salah, dia akan biarkan sahaja (selepas ini) supaya tidak bertambah lagi orang yang bodoh di dalam perbicaraan itu (yakni diri dia lah).. Sampai sekarang masih lagi teringat-ingat kata-kata dia.. Serius mendalam. Actually, dalam beberapa hari nie pun aku dah tak ada update apa-apa dalam media sosial aku. (melainkan blog & media sosial berkaitan servis aku nie lah)..

Aku rasa “stay low” lebih baik. Biarlah aku terus menulis dalam blog nie jer lepas nie.. Hehee. 🙂 . Sebenarnya aku merasakan perkara yang sama sebagaimana yang dia luahkan itu, cuma sebelum ini aku tak tahu bagaimana nak ceritakannya.. Okaylah ye, itu jer aku nak cerita petang nie.. 🙂 . InsyaAllah, ada kesempatan kita akan berjumpa lagi…

Khairul Azahar Sharriffuddin
15 November 2020 4:04 Minit Petang
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Diari 214 : Yang Terselindung Itu Lebih Menyakitkan..
Previous Post Diari 214 : Yang Terselindung Itu Lebih Menyakitkan..
Diari 216 : Maafkan Aku Di Atas Kenangan Itu..
Next Post Diari 216 : Maafkan Aku Di Atas Kenangan Itu..