Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 224 : Telah Di Vaksin

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah, aku telah lengkap di vaksin sebanyak 2 dose pada 18/08/2021 di Dewan Komuniti Serendah, Selangor. Lenguh juga lah tangan dalam 1-2 hari lepas divaksin 🙂 . Side effect lain-lain tiada, cuma ada sedikit (bibir bergerak-gerak dalam 2-3 hari begitu), mungkin kesan sampingan vaksin beserta dengan pengambilan ubat migraine.

Sudah hampir 2 tahun kita berada di dalam situasi covid dan tiada tanda-tanda ia akan berkurang buat masa ini. Masing-masing ada cerita tersendiri, sama ada nak cerita ataupun tidak sahaja.. Perdana Menteri Malaysia pun dah bertukar. Tahniah kepada Ismail Sabri yang telah dipilih menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-9, diharap beliau dapat menjalankan tugas dengan penuh Amanah..

Amanah nie suatu perkara yang berat untuk dipegang. Secara peribadinya, sukar juga nak jumpa orang boleh pegang amanah nie, tak kiralah kat mana-mana pun, walaupun dalam skala yang kecil (rakan-rakan). Itu pengalaman aku lah, tetapi lain orang akan lain pengalamannya…

Bagi aku, kita tak boleh nak ubah orang lain.. semuanya perlu bermula dari diri sendiri (sebab setiap orang ada jalan kehidupannya tersendiri, tak sama). Tugas kita untuk berkongsi dan berpesan kepada perkara-perkara kebaikan..

Khairul Azahar Sharriffuddin
22 Ogos 2021 11:40 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Rawang, Selangor

Diari 223 : Berakhir Sudah
Previous Post Diari 223 : Berakhir Sudah
Diari 225 : Basikal
Next Post Diari 225 : Basikal