Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 226 : Road Trip

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Beberapa minggu yang lepas selepas kerajaan membenarkan rakyat secara umumnya merentas Negeri, tanpa dirancang aku kembali ke Bukit Fraser pada 15.10.2021.. Tempat favourite aku tue.. Hehe.. Ramai orang tanya aku, “apa yang bestnya bukit fraser ? takde apa pun kat atas sana”. Nak beri jawapan pun agak sukar sebenarnya, bergantung kepada keperluan hati masing-masing..

Aku suka suasananya, sunyi.. sepi.. dingin.. tenang, lengang dan tidak riuh sifatnya. Jalan menghala ke Bukit Fraser kau orang akan melalui Empangan Hulu Selangor, cantik sangat pemandangannya.

Impian aku nak road trip (journey satu Malaysia atau satu dunia) suatu hari nanti menggunakan kereta. InsyaAllah, aku harap-harap impian aku ini akan menjadi realiti suatu hari nanti… Aku nak akhiri diari kehidupan ini dengan kehidupan yang begitu..Drive “relax-relax” jer menikmati pemandangan..

Khairul Azahar Bin Sharriffuddin
31 Oktober 2021 11:53 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya

Diari 225 : Basikal
Previous Post Diari 225 : Basikal
Diari 227 : November Challenge
Next Post Diari 227 : November Challenge