Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 227 : November Challenge

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Biasa dengan Kaizen kan ? Kaizen berasal dari perkataan bahasa jepun yang membawa maksud “peningkatan yang berterusan”. Jika dalam bahasa kita bolehlah disamakan dengan kata “istiqamah”. Tapi persoalannya, sejauh mana kita boleh istiqamah (tetap) melakukan sesuatu itu sehingga mencapai sesuatu yang kita inginkan ?

Tak ramai yang berjaya kan ? Sukar sebenarnya untuk melakukan sesuatu secara tetap dan berterusan (walaupun dalam kadar yang sedikit). Aku pernah cuba, tapi tak pernah berjaya.. Ya tak pernah berjaya.. Haha..

Jadi mulai awal tahun ini (sekitar bulan januari), aku cuba satu kaedah baru iaitu monthly challenge, iaitu menetapkan satu goal (matlamat) yang akan diusahakan bermula pada setiap bulan dan diakhiri pada akhir bulan (sebulan). Aku akan tetapkan apa matlamat yang aku nak capai sebelum masuk bulan tersebut..

Boleh dikatakan berjaya juga lah, dari 5 yang aku nak capai, boleh dapat 2 paling kurang (sekitar 40-50% dari apa yang aku impikan). Dalam sekian banyaknya teknik-teknik yang aku belajar sebelum ini.. Teknik nie paling berkesan.. Aku taknak ceritalah, apa yang aku dah capai (cukup sekadar menjadi rahsia aku.. Hehe), tapi kau orang boleh cubalah cara ini..

InsyaAllah, esok 1 November akan bermula monthly challenge bagi bulan 11. Ada 2 perkara utama yang aku nak capai menjelang akhir bulan november, kita tengoklah sama ada berjaya atau tidak (perkara yang agak kritikal dalam hidup aku juga sebenarnya).. InsyaAllah, nanti aku kongsikan..

Khairul Azahar Bin Sharriffuddin
31 Oktober 2021 12:30 Petang
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Diari 226 : Road Trip
Previous Post Diari 226 : Road Trip
Diari 228 : Terakhir 2021
Next Post Diari 228 : Terakhir 2021