Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari ke-empat berpuasa. Hari pertama dan kedua (rasa nak pengsan). Walaupun aku nie jenis kurang makan (tapi aku tak boleh tahan dahaga). Masuk hari ketiga dan ke-empat (dah steady). Aku gurau-gurau lah dengan Abang Shokeri tadi, “kalau kasi 15 jam lagi puasa pun, boleh lagi lah”.. Haha. ?
Aku belajar daripada pengalaman sebelum ini (belajar di Kedah). Ketika itu, umurku 29 tahun. Duduk kat rumah sewa, seorang sahaja. Rumah takde apa-apa (ada tilam jer). Aku beli lah kurma banyak-banyak (makan ketika sahur). Campur dengan Nestum dan Air Panas. InsyaAllah, aku boleh tahan sampai ke petang (tak lapar). Macam itu jugalah sekarang, aku makan kurma banyak-banyak (sampai penuh perut aku).. Haha. ?? . Lepas itu minum air masak semahu-mahunya.. Alhamdulillah, steady ✌..
Selalunya, petang sebelum aku nak balik kerja (dalam bulan puasa nie), aku akan lepak dengan adik-adik (Rahim,Sai,dan Afiq). Afiq akan start buka channel instagram dalam phone dia, kita orang akan tengok “korean mukbang” ramai-ramai.. Haha.. Tak boleh tahan weih.?. ? . Tengok video makan ayam lah, ketam lah, udang lah, mee lah. Memang sedap lah.. Okaylah weih, nak buka puasa dah nie.. Selamat berbuka ye.. ✌?
Khairul Azahar Sharriffuddin
9 May 2019 7:12 Minit Petang
Kampung Sungai Buaya, Selangor