Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 98 : Datangnya Kurniaan..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Hari ini masuk hari kelima umat Islam berpuasa. Alhamdulillah, aku masih dapat mengharunginya dan InsyaAllah, semoga aku diberikan kekuatan dan kesabaran untuk menempuhinya sehinggalah keakhirnya..

Hari ini, adik-adik (Rahim,Sai,Afiq) tak datang kerja,tak dapatlah nak korean mukbang kat channel Instagram ramai-ramai .. Haha.. ?. InsyaAllah, esok aku akan menulis satu diari khas untuk mereka, diari yang ke 99. Ada perkara yang abang nak luahkan untuk kau orang semua.. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada hidup abang dalam tempoh beberapa ketika waktu ini.. ✌?

Apa Yang Ada Pada Ramadhan Tahun Ini ?

Alhamdulillah, ada suatu perkara yang aku tak alami untuk bulan ramadhan ini, nak tahu apa ? . Migrain.. ? . Bulan nie, aku tak sakit kepala pun (walaupun tak makan dan kurang air di dalam badan). Tapi aku masih makan ubat lah (masa bersahur).. Tapi mustahil boleh tahan sejauh ini (tanpa makan, panas, dan kurang air dalam badan). Mungkin ada sesuatu lah yang menghalang daripada perkara ini terjadi..

Mungkin kurma ? Aku makan kurma waktu pagi.. Mungkin puasa ? Mungkin lah.. Tapi at least, aku dah tahu ada ubatnya (ubat untuk sakit migrain). Cuma sekarang nie, aku perlu cari sumbernya.. Mungkin dalam 2-3 hari nie, aku akan dapat jawapannya,InsyaAllah. Dah lama sangat aku menderita sakit nie.. (sakitnya tak boleh nak cerita).. Hanya orang yang pernah alaminya sahaja tahu macam mana sakitnya..

Yang Mendatangkan Kurniaan..

Nak tahu tak sesuatu perkara yang mana jika dilakukan, ia akan mendatangkan kurniaan Allah kepada seseorang itu ?. Iaitu sesuatu amalan yang dilakukan walaupun sedikit tetapi dilakukan secara berterusan. Itu merupakan kuncinya.. ?

Sesuatu amalan yang dilakukan secara berterusan (berulang-ulang) dinamakan sebagai wirid, dan wirid itu akan mendatangkan warid (kurniaan Allah). Bulan Ramadhan ini adalah bulan terbaik untuk memulakannya, sebagai contoh ..

Kalau nak naik kereta ataupun motor, baca selawat 10x (lakukannya setiap kali nak naik kenderaan), jadikan ia sebagai wirid.. Tetapi jika terasa nak baca lebih daripada itu (halang rasa diri itu). Jangan baca lebih daripada itu, tetap baca 10x jer (dan lakukan ia berulang-ulang kali, setiap kali nak naik kenderaan) jangan tinggal. Suatu hari nanti warid (kurniaan) itu akan sampai kepada dirinya..

Itu sebagai contoh jer, banyak keadaan dan situasi yang boleh kita apply kan nya dalam kehidupan kita. Contoh lepas bangun tidur ke, sebelum tidur ke, lepas mandi, sebelum pakai pakaian, sebelum makan, sebelum minum, sebelum keluar daripada kenderaan, sebelum naik kenderaan. Semuanya itu ada sumber untuk memperolehi warid (kurniaan daripada Allah swt).. Pilih jer yang mana nak ?✌

Khairul Azahar Bin Sharriffuddin
10 May 2019 7:10 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 97 : Hari Keempat Berpuasa..
Next Post Diari 99 : Disebalik Realiti..