Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 193 : Harus kehidupan ini kau kejar untuk impianmu

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, barang yang aku order di shopee dah sampai ke rumah petang tadi. Gel Aloe Vera aku punya ngam-ngam dah habis hari nie. Aku beli 3 jenis gel, iaitu tomato gel, charcoal gel, dan aloe vera gel. Tomato gel aku berikan kepada adik perempuanku dan 2 lagi aku pakai… 🙂

Aku memang apply gel nie pada kulit muka dan tangan aku setiap hari. Setiap malam pun aku akan guna masker 🙂 . Yerlah, kalau bekerja menghadap komputer dalam tempoh yang lama, tubuh sebenarnya akan sangat terkesan (sebab tiada pergerakkan otot), lagi-lagi kulit wajah dan mata. Mata lebam macam panda tue memang perkara biasa lah.. Hahaha.. Wajah juga akan kehilangan seri..

Kerja macam dahulu aktif, komunikasi pun ada. Sekarang nie kerja sendiri, banyak berhubung menggunakan aplikasi jer. Direct interaction antara manusia tue dah makin berkurang. Pasca Covid-19 nie, ketamadunan manusia akan mula berubah secara drastik. Pendek kata, semuanya akan berubah kepada IT lepas nie, samada ada jual beli, kewangan (cashless), perbankan, perhubungan, dan hampir semua bidang akan kena tapau… Cuma solat jumaat berjemaah jer kau tak boleh buat secara online kat rumah…

InsyaAllah, jika aku dikurniakan rezeki anak, aku memang nak dia belajar & berada di dalam bidang nie. Adik perempuan aku (beeha), petang tadi ada menyatakan hasrat nak berniaga online dan dia minta pendapat aku. Aku katakan kepada dia, memang selama ini aku nak dia terlibat dalam bidang nie. Aku berikan pendapat, jika nak berniaga online, tak perlu dia jadi dropshipper ataupun jual barangan orang lain (sebab saingan terlalu banyak). Boleh untung, tapi sukar untuk survive untuk jangka masa panjang (hanya buang masa dan tenaga).

Just develop your own brand. Takperlah, mula secara kecil dahulu dan boleh scale kemudian. Aku katakan kat dia, yang aku akan support dia dari segi IT. Aku bukan tak suka konsep dropship nie, tapi bagi aku lah, kebanyakkan usahawan yang guna konsep dropship nie semata-mata untuk tujuan marketing brand dia sahaja, bukan betul-betul dia nak bina circle perniagaan bersama dengan dropshipper.

Aku bagi contoh macam nie lah, kau join jadi dropshipper bagi company A. Benefit yang kau dapat, pembelian produk dengan harga diskaun 10% dari nilai jualan. Tapi akan tiba masanya owner akan twist, bagi offer, jualan penghabisan stock, diskaun pembelian pertama yang ada nilainya sehingga 10-20% diskaun di laman web. Dah tue, apa specialnya kau ? Kat situ owner just gunakan kau jer, jadilah kau sales executive tidak bergaji tetap untuk promote kan barang dia… Jangan buang masa dengan business macam nie ! rugi masa jer… kau bekerja untuk bina impian dan kekayaan orang lain jer.. adalah harus kehidupan ini kau kejar untuk impianmu..

Alhamdulillah, dah hampir 8 bulan aku bekerja sendiri. Jika ditanya kepada diriku, adakah aku rindukan kehidupan dahulu (sebelum ini) ? Apa yang boleh aku katakan, sepanjang tempoh 8 bulan ini, aku tak pernah merindu, mengingati, ataupun merasa untuk kembali ke kehidupan seperti itu lagi. Walaupun ada yang meminta untuk kembali. Aku dah taknak lagi, cukup dah. Yang dah lepas akan tetap lepas dan yang terjadi akan tetap terjadi. Aku bersyukur kepada Allah swt dengan apa yang telah dikurnia & ditakdirkannya untuk diriku… Alhamdulillah 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
4 April 2020 1:22 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Diari 192 : Malam Pertama Di Syurga
Previous Post Diari 192 : Malam Pertama Di Syurga
Diari 194 : Berkongsi Itu Tanda Kasih
Next Post Diari 194 : Berkongsi Itu Tanda Kasih