Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 63 : My First Baby

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, hari ahad lepas, program Geng Steady Siri-kedua : BBQ Di Sungai Pinang dah berjaya dijayakan oleh semua-semua ahli group.. 🙂 . InsyaAllah, planning kitaorang lepas nie nak pergi berkemah (waktu malam) di tepi sungai sekitar Hulu Selangor + BBQ. InsyaAllah 1 Mei nanti (hari pekerja).

Hari ini, adalah hari paling bahagia bagi diriku. Banyak perkara yang kusut dalam fikiran aku selama ini, dapat aku rungkaikan. Aku tak sangka (hari ini adalah harinya, aku dapat semua jawapannya pada hari ini). Selama ini aku pendam dalam fikiran dan hatiku, sampai aku stress dan malas nak pergi kerja..

Alhamdulillah,semuanya dah berakhir kini (dan aku dah tau jawapannya) dan yang paling aku tak sangka sekali, 100% apa yang aku gambarkan dalam fikiranku selama ini benar-benar terjadi.. Takde satu pun yang terkecuali.. Alhamdulillah, sekarang aku dah ada semangat nak pergi kerja balik (esok, pukul 8 pagi aku akan sampai tempat kerja).. Hahaha.. 🙂 . Terima Kasih Allah 🙂 .

My First Baby (Hartanah.my)

https://www.instagram.com/p/Bu6L0gWHH_A/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

Okay, rasanya ramai dah tahu apa yang sedang aku lakukan kini kan ?.Aku ada terlibat dengan kerja-kerja freelance lepas waktu bekerja. Selalunya aku akan mulakan kerja sekitar jam 3 pagi (bangun awal). Tapi kini semuanya dah berakhir (dah siap) dan insyaAllah, aku akan mulakan projek terbaru..

Alhamdulillah, my first baby (Hartanah.my) mendapat sambutan yang baik selepas pelancaran beta-version (versi pengujian) pada 4 March 2019 yang lalu (tarikh kelahiranku). Aku develop web nie hampir 6 bulan, banyak rintangan yang terpaksa aku hadapi sepanjang tempoh itu (boleh baca diari-diari yang lepas), sampai aku menangis lah.. ?

Terima kasih kepada Abang Mus yang banyak memberikan kata semangat dan moral support kepadaku (dari tarikh awal bila aku kemukakan idea nie kepada dia). Masa itu, aku masih lagi bekerja di Plant (packing).. Bila dia datang nak ambil Lab Sample, aku akan berborak dengan dia, aku ceritalah idea-idea aku kepada dia (dan dia akan sentiasa support idea aku).. Aku pernah katakan kepada dia, “kejayaan saya adalah bermula daripada abang”.

Dan orang kedua yang aku nak terima kasih adalah, Aishah.. Jika awak masih ingat lagi, (1 Februari 2019),hari dimana adik-beradik perempuan saya datang berjumpa dengan awak (berikan awak hadiah dan surat daripada saya). Saya nak awak tahu, dari tarikh itulah, saya dah tanamkan dalam hati saya, untuk berusaha mencapai segala impian saya.. (malam tue saya tak boleh tidur dan saya delete semua files kerja saya dan saya start dari zero semula).. Dan apa yang terlihat di dalam laman web itu kini, adalah bermulanya dari tarikh awak membaca surat itu, Aishah..

Dalam surat itu, saya tulis, “Saya berjanji untuk bahagiakan awak, mencintai awak, memberikan sepenuh kasih sayang saya kepada awak, dan akan menjaga awak untuk selamanya” dan saya nak awak tahu Aishah, saya masih berpegang kepada janji itu..

Alhamdulillah, semuanya dah jadi kenyataan kini. Web ini masih belum siap sepenuhnya (versi pengujian). Aku masih monitor kekurangan dan kelemahan yang ada padanya, aku nak jadikan ia setanding propertyguru dan iproperty suatu masa nanti, insyaAllah… 🙂

Next Project (Viral.my)

Semalam aku dah mulakan projek web terbaru. Alhamdulillah, aku dah setup server (dalam sehari jer).. sebelum nie makan minggu.. Haha.. :-). Sekarang nie tengah design logo (photoshop).. Tapi Laptop macam ada problem sedikit (slow sangat).. tengok lah Ahad nanti (cuti)…

Pada kali ini, aku nak develop web carian pekerjaan. InsyaAllah aku akan siapkan dalam masa sebulan dan impian aku adalah untuk menjadikan viral.my salah satu web utama carian pekerjaan di Malaysia… InsyaAllah.. 🙂

Aku percaya dengan kemampuan diri aku, dan aku percaya semuanya boleh jadi nyata. “Don`t let another person tell you that your dreams are not true”.

https://www.instagram.com/p/BuyvqNFnwi6/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
Khairul Azahar Sharriffuddin
12 March 2019 9:30 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 62 : Akan Berakhir..
Next Post Diari 65 :Untuk Sahabat