Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 27 : Pengalaman

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah sebagaimana yang dirancangkan, semalam aku tidur pukul 9 malam, aku golek kiri-kanan..rasanya sebelum pukul 10 aku dah tidur.. Alarm phone berbunyi tepat pukul 2 pagi, tapi aku sambung tidur balik.. Haha.. Tepat pukul 3 pagi, aku bangun (baring sekejap, sambil senyum sorang-sorang). 🙂 , kemudian pergi ke dapur ambil segelas air, on kan pc, dan sambung kerja..

Aku suka waktu malam sebenarnya (terutama waktu 2-4 pagi). Sunyi, kelam, gelap, sejuk.. Ishh..Susah nak ceritalah suasana dia.. best sangat. Kalau nak cerita memang panjang lah, aku boleh buat satu naratif pasal kisah-kisah waktu remaja dahulu..Okay, aku cerita sedikit lah ye…

Waktu lebih kurang umurku 13 tahun sampailah umurku 17 tahun.. Aku memang kaki lepak malam lah, sampai ke subuh baru balik rumah, kemudian bersiap-siap pergi sekolah (tak pergi pun, ponteng).. Macam-macam tempat pergi lepak..

Tapi taulah kan, kalau zaman remaja nie lepak malam buat apa ? Macam-macam perkara pelik yang kita buat (kalau cerita, buka aib diri sendiri). Bagi aku okaylah, sebab terlalu banyak perkara yang aku dapat selepas daripada itu. Tahu tak macam mana aku nak survive lepas daripada itu ? Aku rasa nak cerita pun tak seronok, tapi aku tulis ajerlah kan, nama pun diari..

Banyak kali aku cuba nak bunuh diri lepas tamat waktu zaman sekolah.. Pernah satu malam, aku pegang pisau (dalam bilik) duduk seorang jer.. Aku halakan ke arah perut (pegang kedua-dua belah tangan).. Aku nak tolak pisau tue dalam perut (masa itu aku dah nangis-nangis dah).. Tapi aku terus cakap, “takpe, esok hari tengok macam mana, kalau aku hidup lagi, aku akan abadikan hidup aku ini untuk keluarga aku”. Masa itu umurku baru 17 tahun..

Bertahun-tahun hidup dalam tekanan… Sampai umurku 24 tahun (2010).. kat situ memang turning point dalam hidup aku. Aku dah start belajar, dah ada kawan (lepas sekolah memang takde kawan)… Mula berblogging.. Aku mula menulis diari.. First tajuk aku ingat lagi, “bermulanya disini”.. Aku ceritakan kisah-kisah harian aku belajar di GiatMara sampailah waktu bekerja…

Sampai satu hari, aku perasan ada orang add aku kat Facebook (dalam tahun 2013).. Aku tengok, rupanya dia nie adalah bakal suami kepada seseorang yang aku suka waktu itu (dari zaman sekolah).. Aku selalu ceritakan kisah dia di dalam diari-diari aku..

Kat situ aku dah rasa lainlah.. lebih baik aku delete jer blog tue, orang pun dah nak kahwin, nanti jadi lain pula. Bagi aku, perkahwinan ini perkara yang suci, tak boleh ada orang ketiga yang boleh ada dalam fikiran pasangan masing-masing (suami atau isteri)..

Okay-okay.. taknak cerita pasal dia.. Alhamdulillah, sejak daripada hari itu, aku dah taknak sedih-sedih lagi.. Aku jarang sedih, melainkan aku terlampau penat (aku boleh menangis).. 🙂

Dan juga aku tak boleh tengok orang menangis, terutama orang perempuan (aku akan cairlah).. Haha.. Sebab aku dapat rasa kesedihan dia.. Aku taknak orang sedih.. Aku nak orang happy (gembira) dengan kehidupan dia.. 🙂

Okaylah ye, aku kena sambung lagi kerja sebenarnya.. Aku kena recover semua login information. Tadi aku cari (aku simpan dalam satu kertas dalam file) ..tak jumpa.. Sampai sekarang aku baru dapat recover 13 account.. Setiap account aku pakai password berlainan.. Tak sama..

Untuk Server, aku pakai password lagi panjang (bahaya). Setiap email pun password lain-lain.. bukan satu email jer pakai.. (semua aku tak ingat).. selalunya aku pakai password nama orang yang aku pernah cintai jer lah.. 🙂 . Aishah belum masuk lagi.. Next account.. Hahaha..

Khairul Azahar Sharriffuddin
26 January 2019 5:29 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 26 : Tukar Waktu
Next Post Diari 28 : Sakit Lagi..