Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 68 : Perkara Yang Tidak Diduga..

Assalammualaikum Dan Sajahtera…

Malam tadi, aku keluar sekejap, pergi Parkson (beli minyak wangi).. Minyak wangi dah habis ?. Dua-dua habis (satu Boss-Number 1, then Tommy Hilfiger-Loud) dalam minggu ini juga pulak tue.. ?Minyak wangi boleh tahan berbulan (tak rugi beli). Tapi selalunya, ayah aku akan belanja ?..

Aku paling suka wangian daripada Tommy Hilfiger (Tommy Boy).. Bila terhidu tue, secara automatiknya aku akan teringat kembali zaman sekolah menengah dulu.. (aku selalu pakai minyak wangi ayah pergi sekolah) dan keluar waktu malam.. ?(malam kan dingin)..bau dia akan semerbak (sangat harum baunya). Jadi bagi sesiapa nak yang bagi aku hadiah, bolehlah bagi wangian Tommy Hilfiger (tommy boy).. Haha. 🙂

Minyak wangi nie sebenarnya akan meninggalkan kesan emosi yang harmoni bagi si pemakai ataupun orang yang di sekelilingnya.. Aku memang suka bau wangian orang (kadang-kadang tue aku sengaja jer duduk dekat dengan diaorang)..nak bau minyak wangi.. Haha 🙂

Mahal Lah 🙂

Petang tadi, aku hantar Rao pergi ke rumah Magen (lepas balik daripada kerja), ada kerja lain katanya. Masa dalam kereta aku berbual lah dengan Rao, “Mahal lah.. susahnya nak dapatkan dia..lagi dia jual mahal, lagi saya suka sebenarnya”.

Kata Rao, “perempuan macam ini lah bagus khai..susah nak dapat, dia sebenarnya tengah berfikir, ambil masa, once dia dah fix dengan kau.. perempuan macam nie akan ikut kau selama-lamanya”.”Bukan perempuan yang sekejap sini.. sekejap,tukar sana.. lepas tue, tukar lain pula”.

Aku sambung lagi, “tapi saya dapat rasa dalam hati saya nie kan.. dapat rasa dia akan jadi milik saya”. Balas Rao, “kau kena percaya dengan kata hati kau lah khai, hati takkan menipu, itulah diri kau yang sebenarnya”.

Tak Terduga Oleh Hati

Makin mendalam dah cerita nie.. dah nak pukul 1 pagi (esok nak gi kerja lagi).. 🙂 . Sebenarnya, memang ada banyak cerita yang aku nak kongsikan malam nie.. Aku nak ceritakan pengalaman yang aku lalui minggu lepas, dimana pengalaman itu mengajarkan aku tentang cara untuk menilai karekter manusia..

Tak pernah lagi sepanjang hidupku, berdiam di dalam satu tempat, selama beberapa jam, tanpa berkata apa-apa (hanya melihat dan mendengar) dan sepanjang masa itu aku hanya berfikir, lalu semuanya itu telah ku tulis di dalam diari hatiku..

Tetapi, diari yang telah kutulis di dalam hatiku ini. Tak upaya untuk ku keluarkan ia ke dunia nyata kerana ia benar-benar telah melukakan kepercayaan aku.. Aku tak sangka.. dan memang aku tak sangka.. Tapi takperlah…

Khairul Azahar Sharriffuddin
29 March 2019 1:16 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 67 : Melarik Cahaya Di Dalam Kelam
Next Post Diari 69 : Pecahan Hati