Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 67 : Melarik Cahaya Di Dalam Kelam

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Sudah hampir seminggu aku tak menulis dalam blog ini.. Rasa rindu nak menulis.. InsyaAllah, hari ahad nie kitaorang dah planning nak pergi ke “syurga bagi orang yang miskin”. Terima kasih Rao kerana mengenalkan aku akan syurga yang indah ini (keindahan yang tak terhurai dengan kata-kata)..

InsyaAllah esok aku akan kembali bekerja (tapi rasa hati dah tak sama lagi) dan dapatku rasakan ia takkan sama lagi sebagaimana sebelum ini…

Kelam Malam

Malam semalam, keseluruhan perkampungan Sungai Buaya dan Bandar mengalami gangguan elektrik (sekitar jam 10 malam) sehinggalah 12:30 malam.. Waktu itu kedua-dua handphone aku dah habis bateri..

Rumah bergelap, aku pergi ke bilik ibuku dan berbaring disebelahnya ditemani juga adikku yang bongsu (beela)..Aku katakan kepada adikku, “macam nielah waktu dulu-dulu..masa abang erol masih kecil, sunyi jer..tiada bunyi kenderaan, tiada handphone, macam nielah suasananya ..sunyi”.

Sambung adikku, “masa zaman jepun dulu abang erol dah ada ke ?” (dengan pertanyaan yang serius). Jawabku, “itu zaman bila..itu zaman mak lah”... dah tua sangat ke aku nie 🙂

Masa itu rumah memang gelap, aku tak dapat lihat wajah ibu dan adikku (masing-masing berbaring di atas katil yang sama)..Sambungku lagi, “bilik nie dulu, atok dengan arwah wan yang punya.. malam-malam abang erol akan dengar diaorang bersembang..macam sekarang inilah”..

Macam-macam topik kitaorang bersembang malam tadi sampailah pukul 12:30 malam.. Ibu mula menceritakan tentang kisah ayah.. Macam mana ibuku bertemu dengan ayah dan perjalanan hidup mereka sepanjang masa lalu (aku dengan adikku asyik mendengarkan tutur kata ibuku)..

Web

Alhamdulillah, Laman web Hartanah.my kini dah ada hampir 100 agent hartanah yang berdaftar (dan lebih 100 properties yang dah di submit). Sekarang ini, aku lebih memberikan tumpuanku untuk buat sales and marketing dan dalam pada masa yang sama juga, aku masih lagi develop web-web yang lain.. InsyaAllah..

Semalam aku dah implement kan penggunaan Content Delivery Network (CDN) di laman web Hartanah.my dan dari semasa ke semasa, aku akan upgrade keperluan server dan security. Ini merupakan perkara penting yang perlu aku monitor setiap hari..

Alhamdulillah, ayahku juga telah bersetuju untuk invest dalam laman web ini..Hampir 1 jam aku berbual dengan ayah dan menyakinkannya. Ayah cakap bagus 🙂 dan hari esoknya juga, ayah masih lagi bertanyakan kepadaku mengenai laman web ini (dengan kata-kata semangat). Terima kasih ayah.. Dari dahulu lagi, ayah akan sentiasa support apa sahaja yang erol cuba usahakan.. 🙂

Yang tak Terlihat Oleh Mata

Semalam, aku ada berbual dengan seseorang (perempuan yang masih muda). Dia nie boleh bertutur di dalam beberapa bahasa (Melayu, English, Cina, German, Jepun, Arab).. Masa itu, aku tergamam bila berbual dengannya, “pandainya dia nie” (hatiku berkata).. Jauh sangat jika nak dibandingkan dengan diri aku, macam semut jer.. (aku nak cakap pun jadi takut-takut).. Takut tersilap cakap 🙂

Bayangkan appearance (penampilan) dia tak menunjukkan apa yang ada dalam diri dia. (kelebihan).First time jumpa dia, aku terus notice tag yang ada pada tudung dia (aku cuba nak baca brand tudung dia, tapi tak dapat)..Sebab aku taknak lah pandang lama-lama sangat kat tudung dia (nanti dia ingat lain pula).. 🙂

Ada orang yang cantik dari pandangan mata (tapi kurang dalam dirinya).. Kecantikan seseorang itu boleh datang daripada macam-macam keadaan. Personaliti, ilmu pengetahuan, cara berinteraksi, cara menguruskan situasi dan itu semua adalah suatu kecantikan yang dapat dirasai dengan hati (bila dah masuk dalam hati, sukar untuk ia keluar)..

Itulah kecantikan yang sukar untuk dinilai dari pandangan mata..

Khairul Azahar Sharriffuddin
26 March 2019 3:50 Minit Petang
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 66 : Syurga Bagi Orang Yang Miskin
Next Post Diari 68 : Perkara Yang Tidak Diduga..