Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 167 : Permulaan 2020

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera…

Ada yang rindu tak nak baca blog aku ? Hahaa… dah lama sangat tak menulis kan ? Malam nie aku ambil masa sedikit lah, insyaAllah aku akan berkongsi pengalaman aku dalam beberapa ketika waktu nie..

Alhamdulillah, kita dah masuk tahun baru 2020. Aku tengok banyak post kat Facebook berkenaan kereta terbang. Jika kita singkap kembali cerita mengenai kereta terbang nie, sebenarnya ia bermula masa kita kecil-kecil dulu (terutama di dalam kelas pendidikan seni). Sesiapa yang sama usia dengan aku, tahulah. Bayangkan imaginasi budak-budak masa tue lukis kereta terbang untuk mengambarkan tahun 2020.. hahaa..

Okay, kau orang dah baca diari-diari aku yang lepas tak ? Untuk cerita tahun lepas, aku dah bungkus dan buang semuanya dalam fikiran dan perasan aku. Maksudnya, ceritanya dah close, dan watak-wataknya pun boleh dikatakan aku dah tak berapa nak ingat wajahnya. InsyaAllah, aku harap dapat berkenalan dengan watak dan personaliti yang baru untuk tahun ini ?

Aku pun takdelah baca sangat diari-diari aku yang telah lepas, melainkan aku nak dengar background music nya sahaja (when the love falls).. Haha.. boleh tertidur lah jika mendengarkannya 🙂

Blog Lelaki Berlari

Alhamdulillah, untuk blog lelakiberlari.com bagi tahun ini akan menggunakan hosting dari Alibaba Cloud (Malaysia Data Centre) selama setahun (akan tamat 31 December 2020). Ada rasa kelajuannya tak ? Hahaha.. 🙂 .

Aku takde perancangan apa sangat untuk blog lelakiberlari.com nie. Plan aku hanya akan menulis secara berkala sahaja lah. Aku pun dah lama tak login ke dalam dashboard web.. Hahaa… Login pun just nak update web sahaja.. InsyaAllah, mana tahu ditakdirkan jumpa watak-watak yang hebat untuk tahun nie, banyaklah cerita yang aku akan tulis nanti… haha.. doa-doakan ye..

Permulaan 2020

InsyaAllah, aku ada 2 projek web yang aku nak siapkan dalam bulan nie. Projek dah bermula sebulan, cuma aku tak berapa nak sihat dalam seminggu ini (demam), kerja jadi banyak tertangguh, insyaAllah aku akan percepatkan dalam seminggu dua nie.

Dan lain-lain, insyaAllah aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar. 18hb nie aku akan ke johor (ambil adik di UITM segamat) dan 19hb aku akan berada di Negeri Sembilan (jumpa client). InsyaAllah, aku harap perjalanan aku pada tahun ini akan bersinar sebagaimana yang aku impikan. Aku dah nampak jalan tue sebenarnya. Jika aku berusaha, insyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja.

Doa-doakan aku berjaya ye. InsyaAllah, aku akan sentiasa menulis. At least seminggu sekali lah, aku pun sebenarnya banyak juga perkara nak kongsi, tapi rasa macam tak cukup masa jer nak menulis (walaupun tak sampai 30 minit sekali menulis)..Haha..

Haa. satu lagi, aku ada langgan Netflix, .. selalunya sebelum tidur, aku akan tengok netflix. Semalam aku tengok movie HACHIKO (based on true story).. Menangis teresak-esak aku tengok (nasib baik dalam bilik).. hahaa..

Sedih weih… cerita mengenai anjing yang setia dengan tuannya. Kisahnya lebih kurang mcm nie lah. Tuan nie bela seekor anjing sampailah besar. Anjing tue akan temankan tuan dia pergi kerja setiap hari (hantar kat stesen keretapi) dan setiap jam 5 petang, anjing tue akan tunggu tuan dia balik kat depan stesen keretaapi.

Sampai satu hari, tuan dia meninggal kat tempat kerja. Mulai hari itu, hachiko akan datang ke stesen keretapi setiap jam 5 petang untuk menanti kepulangan tuan dia sampai 10 tahun. (akhirnya mati). Sedih sangat cerita nie, tak boleh tahan.

Kat sini nak cerita mengenai kesetiaan lah. Kesetiaan nie merupakan suatu perkara yang ajaib kau boleh jumpa pada hari ini. Kesetiaan tak boleh dibeli atau ditukar ganti dengan sesuatu yang lain daripada itu, sebab semuanya datang dari hati. Perkara apa yang dalam dunia nie boleh mengalahkan hati ? Takde..

Berilah duit sebanyak mana pun, jika hati mengatakan tak, maka tidak lah jawapannya (meskipun bicara bibirnya dan tindakannya adalah menipu). Sebab itu hati ini ajaib, kalau dah suka, buat dan cakap apa pun, akan tetap suka. (sebab itu merupakan kehendak hati) ?

Malam nie aku nak try search lagi cerita-cerita mengenai binatang… Hahaa. Okaylah ye, aku harap semua jadi pembaca setia aku lah ye, kalau ada nak request apa-apa boleh direct email ke klikdesigner@gmail.com . Terima kasih

Khairul Azahar Sharriffuddin
14 January 2020 11:19 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Previous Post Diari 166 : Lafaz Hati Dawasarsa
Next Post Diari 168 : Manusia Paling Kejam..