Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 168 : Manusia Paling Kejam..

Awak katakan, “sayalah manusia paling kejam yang awak pernah jumpa dan takkan maafkan saya sampai bila-bila”. Baiklah saya terima semua kenyataan itu. Walaupun awak takkan maafkan saya, saya tetap nak minta maaf.. Maafkan saya.. Ya, sayalah manusia paling kejam …Kejam kerana memperlakukan awak sebegini….

Tapi saya tahu, awak takkan faham. Faham dengan apa yang telah terjadi. Saya lakukan semua kerana rasa sayang dan cinta saya pada awak. Saya taknak awak menunggu sesuatu yang tak pasti untuk diri awak. Saya nak awak bahagia, bahagia dengan seseorang yang dapat memberikan kebahagian itu kepada awak. Awak takkan dapat semua itu dengan saya.. Percayalah..

Cinta sahaja takkan memberikan apa-apa manfaat untuk hidup, awak. Cinta hanyalah menjadi teduhan bagi orang-orang kalah dalam hidupnya sahaja. Tapi suatu hari nanti awak akan faham, faham dengan apa yang telah berlaku ini. Ya, saya sayangkan awak dan selalu teringatkan awak..

Mustahil hari-hari yang saya lalui tanpa mengingati diri awak.. Tapi itu semua tak cukup awak. Saya nak awak mencari bahagia untuk diri awak.. Tak perlu tunggu saya. Sebagaimana yang saya katakan, andai suatu masa nanti, awak tak jumpa kebahagiaan itu, saya akan sentiasa ada disini. Awak adalah yang pertama & akan menjadi yang terakhir untuk saya… Yang sentiasa ikhlas mencintaimu..


Khairul Azahar Sharriffuddin
27 Januari 2020 12:37 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Previous Post Diari 167 : Permulaan 2020
Next Post Diari 169 : Lucid Dream