Diari 156 : Pertama Dan Terakhir

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Jam dah menunjukkan pukul 1:30 minit pagi.. Hehee.. Sebenarnya malam-malam macam nie kan, perasaan akan mudah jadi lembut. Jika waktu siang itu menjadikan diri kita ini dikuasai dengan sifat-sifat yang buruk, maka malam lah yang selayaknya untuk melenturkan hati yang keras itu. Aishh.. berfalsafah pula malam-malam begini.. hehee.. 🙂 . Dah lama juga aku tak menulis perkara-perkara yang serius kan ?

Maksudnya apa ? Maksudnya aku enjoy dengan kehidupan aku sekarang nie lah.. Hahaa… 🙂 . Aku suka cara hidup begini, tapi tuelah, masih belum ada rezeki lagi dalam beberapa perkara (tapi cara hidup beginilah yang aku mahukan). Jauh dari stress dan orang-orang yang boleh menyakiti hati dan perasaan aku. Bila aku dah start cerita mengenai hati, memang masa itu aku ada masalah lah sebenarnya, terutama bila aku dah buka cerita kisah 18 tahun yang lepas…. Hahaha.. sesiapa yang masih tak clear, boleh baca diari-diari aku yang lepas.. 🙂

Okay, aku taknak cerita panjang-panjang. Just ringkasan jer untuk malam nie. Petang semalam, aku ada dapat email daripada MWA (Malaysia Website Award), dimana website hartanah.my tercalon untuk pencalonan Bulan September. Alhamdulillah, walaupun tercalon, at least ada somethinglah (pengiktirafan yang aku dapat dari hasil usaha aku selama ini).. Hahaa.. tak sangka pula…

Sesiapa yang ada masa terluang tue bolehlah undi website nie untuk dipilih sebagai pemenang ye. Boleh click link ini untuk mengundi UNDI . Terima kasih aku dahulukan lah 🙂 .. InsyaAllah bulan ini, ada satu lagi web property yang akan aku siapkan, dah nak launch (beta version). Untuk lain-lain web, seperti web sales funnel yang aku janjikan sebelum ini untuk golongan suri rumah, ibu tunggal, pelajar, dan oku, masih belum sambung lagi semenjak dari hari itu, hold sebentar.(70% dah siap). Ada beberapa kerja yang perlu aku lakukan sepanjang masa ini (bawa buyer view rumah, pergi cari listing, ke sana dan kemari).. Hahaa..

InsyaAllah, ada satu web baby products yang akan aku buatkan untuk client pada bulan nie. Aku kena siapkan juga, kalau tak, memang aku akan goyang lah bulan nie.. Hahaaa…:-) . Alhamdulillah, sampai sekarang ayah masih support cita-cita aku lagi… Terima Kasih Ayah 🙂

Aku sebenarnya rasa bersalah sangat dengan Wawa. Aku taknak dia tunggu aku lama-lama sangat.. Tapi nak buat macam mana kan, dia nak tunggu juga. Cuma buat masa sekarang nie, peluang masih belum ada lagi, walaupun dah hampir, memang dah hampir, tapi.. belum rezeki agaknya. Tapi saya dah takkan sayang orang lain lah, awak yang pertama, dan saya nak awak yang jadi terakhir untuk saya. Terima kasih kerana masih bersama dengan saya lagi wawa 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
19 Oktober 2019 1:49 Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Share Artikel Ini Di Whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *