Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 157 : Titisan Air Hujan

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, malam nie aku dapat launch website terbaru daripadaku Viral.my (property website) di dalam versi beta stage (peringkat pengujian). Domain nie dah macam-macam versi aku buat sebelum nie.. Hahaa.. tapi kali nie aku dah putuskan untuk jadikan ia sebagai property website. Aku dah pilih bidang hartanah nie menjadi salah satu bidang untuk aku mencari rezeki sekarang (selain dari bidang IT dan lain-lain lagi)..

Boleh cuba dengan gembira lah ye, aku gunakan ia sebagai medium marketing (pemasaran untuk personal), tetapi uga membuka penggunaannya secara umum, tapi jangan sampai ada yang abuse dah lah ye. Benda free nie orang akan cari jalan untuk sabotaj, apatahlagi competitor di dalam pasaran (cepat jer diaorang akan trigger). InsyaAllah, sistem security web buat masa ini terjamin dan aku akan sentiasa pantau.

Blog Lelaki Berlari ?

Untuk blog personal lelakiberlari nie, aku dapati sekarang banyak sangat SPAMBOT yang buat onar dalam blog nie. Tak seperti sebelum nie, sekarang nie dah agak kerap juga. Masih belum pasang apa-apa security plugin ataupun script. insyaAllah, minggu ini aku akan cuba setupkan dan juga sebulan sekali (at least) aku akan backup isi kandungan blog nie. Ye lah, boleh bayangkan tak, semua diari-diari nie hilang sekelip mata jer.. Hahaa.. 🙂

Aku teringin nak menulis novel sebenarnya, serius. Tapi bukan novel mengenai cinta lah, aku nak tulis mengenai kehidupan. Banyak yang aku nak kongsikan, InsyaAllah mana tahu suatu hari nanti kan, bila semuanya dah stabil. Mungkin masa umur 50 tahun nanti.. Mungkin 60 tahun… Mungkin… Semuanya berkemungkinan kan.. Kehidupan ini tak lama mana pun, unik.. Apa yang unik ? Kehidupan ini sememangnya unik.. Nak cerita agak sukar, sebab semuanya tersimpan di dalam perasaan, tapi aku boleh huraikan semuanya pada masa yang sesuai nanti. Nak kata tahu sangat takdelah, tapi aku ada sedikit pengalaman yang boleh dikongsi bersama.

Okaylah ye, aku dah mengantuk nie.. Hari nie rasa penat sangat, tak tahulah sebab apa. Nak kata panas tak, hujan je dari pagi sampai ke malam. Oh ye, hari selasa nie aku akan pergi ke Johor, attend majlis graduasi adik perempuanku (Sabrina) di UITM Segamat, ada gambar nanti, aku upload kat channel instagram.

Khairul Azahar Sharriffuddin
21 Oktober 2019 2:56 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Share Artikel Ini Di Whatsapp
Previous Post Diari 156 : Pertama Dan Terakhir
Next Post Diari 158 : Aksara Yang Terhenti
Nak Berbual ? Meh WhatsApp

Seorang Freelance Web Developer dan Budak Kurus. Berminat nak Buat Website ? WhatsApp jer..

Lelakiberlari.com

Khairul Azahar Sharriffuddin

Online

Khairul Azahar Sharriffuddin

Salam sejahtera, boleh saya bantu ? 00.00