Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 220 : Sakit

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Lama dah tak menulis, hampir 2 bulan juga kan ? Hehe.. Sebenarnya bukan takde kisah yang nak dikongsi, cuma aku rasa malas nak menulis jer .. 🙂 . Hari nie pun sebab telefon rosak (jadi takde banyak perkara yang boleh aku lakukan). Pagi tadi jatuh, lepas tue telefon dah tak boleh nak ON semula. Aku dah cuba tukar beberapa part.. still tak okay juga.. Hurmm…

Akhirnya aku order jer telefon kat shopee tadi (second hand), janji boleh digunakan untuk buat kerja, jadilah. Jadinya, aku ambillah sedikit masa untuk menulis pada hari nie. Takde mood nak buat kerja, nak relax jer hari ini. Tunggu telefon yang order tue sampai (insyaAllah esok atau lusa)..

Baiklah, semalam aku dapat whatsapp dari seseorang (tahun lepas dia pernah beli domain daripada aku). Dia bertanya kepadaku sama ada aku berhasrat untuk menjual domain hartanah.my kepada dia. Dia offer RM12 ribu untuk pembelian domain hartanah.my . Aku menolak dengan baik, bagi aku domain nie adalah jantung bagi kerjaya aku dan apa yang aku bina selama ini..

Ya, mungkin masih belum lagi berjaya dan tak tentunya akan berjaya dengan apa yang aku usahakan ini. Tapi tak mengapalah jika tak berjaya, yang penting usaha kan ?. Duit bagi aku sifatnya tidak kekal (hanya sementara), tapi kepuasan hati akan tetap kekal selagi mana kita merasa cukup dengan apa yang kita miliki. Duit I-sinar RM10 k pun boleh habis sekejap je, apatahlagi yang ini.. hehe..

Hartanah.my nie aku dah ada plan jangka masa panjang untuknya. Tapi buat masa nie agak terbatas perkembangannya disebabkan masalah modal (melibatkan cost yang tinggi). InsyaAllah, mana tahu ada rezeki yang tak disangka-sangka pada masa depan kan ?

Pada ketika ini, aku mengoperasikan lamanweb.org . Laman web ini menyediakan perkhidmatan servis membina laman web dan kreatif (pada kos yang sederhana). Kau orang boleh tengok antara projek-projek dibawah kelolaan lamanweb.org yang aku uruskan. Antaranya segment hartanah dan takaful. Ini adalah merupakan main produk (servis) yang aku tawarkan ketika ini..

Kesihatan

Sebenarnya aku baru jer baik demam nie (walaupun tak sepenuhnya). Dekat 2 minggu juga (hari raya kedua aku dah demam).. Badan panas + batuk-batuk. Takdelah pergi klinik, aku pun risau juga nie. Takut kena covid jer (dah jadi satu cerita lain pula nanti).

Kau orang yang mengikut penulisan di dalam blog nie, aku harap jagalah kesihatan baik-baik ye. Susah dah sakit nanti, bukan kita susahkan diri sendiri sahaja, tapi orang lain juga akan turut terlibat. Sekarang nie pun, aku memang tak keluar rumah. Keluar bila perlu sahaja..

Aku kalau bab-bab sakit nie memang nak expert dah.. haha.. penat sakit nie sebenarnya.. Penat.. Lebih banyak yang akan kau hilang dari apa yang kau akan dapat.. Aku nak ceritakan susah, tapi orang selalu sakit jer akan faham perkara nie.

Baiklah, aku pun nak teruskan usaha aku untuk repair telefon nie dulu.. haha.. mana tau hidup kan ! Boleh lah layan cerita-cerita best kat Netflix dulu.. Moga ketemu lagi.

Khairul Azahar Sharriffuddin
31 May 2021 11:51 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Diari 219 : Ulangtahun Kelahiran Ke-35
Previous Post Diari 219 : Ulangtahun Kelahiran Ke-35
Diari 221 : Setiap Yang Bermula Pastinya akan Berakhir
Next Post Diari 221 : Setiap Yang Bermula Pastinya akan Berakhir