Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 219 : Ulangtahun Kelahiran Ke-35

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah, hari nie aku menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-35. Actually, aku tak berapa nak sihat ketika ini (dari pagi tadi sakit kepala), tapi kesakitan tue dah sedikit berkurang menjelang petang. Aku rasa disebabkan fenomena cuaca panas ketika ini (fasa terakhir monsun timur laut) dijangka sehingga pertengahan bulan Mac 2021.

Jadi aku ambil peluang nie untuk menulis dan berkongsi serba sedikit mengenai diriku. Secara jujurnya, setelah mengharungi perjalanan sejauh ini, aku paling suka versi khai yang ini (setakat ini) dari banyak versi-versi sebelum ini. Pastinya kau orang pernah ditanya, jika ada perkara yang hendak diubah atau kembali tentang diri pada masa lalu, apakah perkara yang nak diubah kan ?

Jika ditanya kepada aku, aku taknak ubah apa-apa tentang masa lalu, walaupun diberi peluang menaiki “mesin masa” untuk kembali ke masa lalu sekalipun, aku taknak ubah apa-apa. Bagiku, apa yang telah aku lalui di masa lalu itulah yang menjadikan aku diketika ini.

Apa yang ada pada aku ketika ini ? Berjaya, Kaya ? Tak, aku tiada semua itu. Jadi apa yang boleh aku banggakan tentang diri aku, jika tak memiliki semua itu ?. Setiap orang akan ada definasi yang berbeza mengenai kehidupan. Bila usia meningkat, kita akan ada rasa dan penilaian yang berbeza tentang kehidupan, dari tahun ke tahun ia akan berbeza (pengalaman dan masa akan mengubah pandangan kita tentang kehidupan)..

Aku dapat rasa diri aku semakin matang, dah kurang sedikit sifat kebudak-budakan tue (walaupun masih ada).. Dah 35 tahun kot.. Haha.. Tak sangka dah sejauh ini perjalanan, insyaAllah, moga hari-hari yang mendatang nie akan menjadi tahun-tahun yang terbaik bagi Khai..

**seperti biasa, kak aswani merupakan orang yang pertama wish birthday kepada aku, tak sangka dia masih ingat lagi..speechless..

Khairul Azahar Sharriffuddin
4 Mac 2021 6:55 Minit Petang
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Diari 218 : Bertemu Di Bulan Februari
Previous Post Diari 218 : Bertemu Di Bulan Februari
Diari 220 : Sakit
Next Post Diari 220 : Sakit