Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah, hari ini blog lelakiberlari telah memasuki penulisan diari yang ke 222. (dah nak dekat 3 tahun aku menulis di dalam blog ini). Dahulunyu menulis di blogspot (diaryzar.blogspot.com). Blog tersebut sudah tidak wujud lagi, sayangnya semua kenangan hilang begitu sahaja (penulisan berkisar kehidupanku sekitar tahun 2010).
InsyaAllah, hari ini aku akan buka beberapa kategori baru di dalam blog lelakiberlari. Antaranya, kategori politik dan kesihatan. Bila difikirkan kembali, rasa rugi sangat sebab meletakkan batasan (limitasi) dengan apa yang aku nak kongsikan selama ini. Aku rasa takut nak luahkan pandangan aku, rasa takut kena kecam dan rasa takut akan menguris hati orang lain. Rasa-rasa yang seperti inilah yang menjadi penghalang bagi aku untuk bergerak ke hadapan.
Semua perkara itu hanya akan bermain-main di dalam fikiran aku sahaja (umpama berkata-kata dengan diri sendiri yang pastinya tidak akan ada penghujungnya). Jadinya, hari ini aku mengambil keputusan untuk berubah.. hehe.. Lama tak dengar perkataaan nak berubah, dahulu aku selalu guna perkataan ini.. Haha. 🙂
Ia mengingatkan aku tentang kejadian yang berlaku kepadaku beberapa tahun yang lepas (aku digantung kerja ketika itu di atas beberapa sebab), antaranya ada juga yang bersangkut paut dengan penulisanku di blog ini. Semasa aku disiasat oleh seseorang ini, dia katakan kepadaku, “saya dah baca blog awak, tinggi imaginasi awak ye, tapi sayangnya awak tak gunakan dengan cara yang betul, cuba awak guna dan kembangkan bakat awak dengan berkongsi tentang isu semasa ke, awak ceritalah, apa-apa sahaja”. (lebih kurang begitulah)..
Hari ini, insyaAllah akan sahut cabaran itu.. Haha.. InsyaAllah, mulai esok aku akan terbitkan beberapa siri penulisan berkaitan isu semasa, politik dan juga kesihatan. Semua yang aku kongsikan ini adalah melalui sudut pandangan dan juga pengalaman yang pernah aku lalui. InsyaAllah, baiklah ye, semoga bertemu lagi 🙂