Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 135 : Takdir Yang Tidak Akan Terpisah

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Bestnya bercuti 2 hari nie..Haha.. Rasa puas sangat ! Puas tidur lah… Hahaa. 🙂 . Aku suka tidur waktu tengah hari sebenarnya (lebih kurang lepas waktu zohor sehingga ke waktu Asar). Ini adalah waktu yang terbaik untuk tidur. peluh-peluh gitu.. Hehehe.. Pagi tadi, aku cuci kandang kucing dulu, kemudian basuh kereta, lepas tue masak nasi goreng (sarapan pagi). Minggu ini, ahli keluargaku bercuti di Perak (tinggal lah aku, abang dan Ayah yang baru pulang semalam).

Semalam aku janji nak launch satu web kan ? Biliksewa.my . Aku design web ini selama 2 hari, bermula dari waktu tengah hari (total jam bekerja adalah kurang daripada 8 jam). Nilai kos untuk mendapatkan web seperti ini, termasuk domain, hosting, web tools dan waktu jam bekerja adalah lebih kurang RM3-5K. Aku tak nilaikan kesemua web tools yang digunakan untuk website ini (harga setiap satu web tools lebih kurang RM200-1500). Jika web ini ditambah fungsi E-Commerce (online store seperti shopee dan lazada), maka nilainya akan meningkat antara RM5-10K. Cantik tak ? Hahaa… 🙂

Jika orang bertanya, boleh survive ke bekerja di dalam Bidang IT nie ? Jika pandai marketing, jawapannya Ya. Bidang IT adalah bidang yang sangat kompetitif. Orang yang tiada pendidikan formal mengenainya pun boleh buat. Aku bagi contoh lah, jika dahulu, kalau PC atau Laptop Rosak, orang terpaksa hantar ke kedai. Sekarang nie, orang dah boleh repair sendiri (tak kiralah dia nelayan ataupun tukang kebun)..

Aku lebih cenderung untuk melakukannya secara Freelance kerana ia boleh memberikan pendapatan yang luar daripada kebiasaan (perniagaan konvensional). Boleh lah mula slow-slow bina brand dan perniagaan, walaupun mengambil masa, tapi aku yakin suatu masa nanti aku akan berjaya.. InsyaAllah..

Aksara Yang Beralun

Okay, dah settle cerita IT.. Sekarang nie aku nak cerita apa ye ? Cerita pasal lagu lah ye.. Hehee.. 🙂 . Aku sebenarnya suka mendengar musik (dari dahulu lagi), tapi tak pandai menyanyi lah… Haha.. Main gitar, boleh lah sikit-sikit. Sekarang nie, aku tengah dengar lagu “Suratan Atau Kebetulan” (Kenny, Remy Dan Martin) .

Aku suka intro lagu nie, alunannya membuatkan fikiran melayang-layang (terasa diri seperti tercampak di satu sudut dunia yang paling sunyi sekali). Kata-kata di dalam lagunya membicarakan tentang kehidupan, pilihan, kejujuran, dan mencari jawapan . Orang kata, dah tiada kejujuran dalam dunia ini, betul ke ? Jika tak memijak kau akan dipijak ! Adakah kehidupan dunia ini perlu sekejam itu ?

Khairul Azahar Sharriffuddin
19 Ogos 2019 1:03 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 134 : Naratif Yang Pudar
Next Post Diari 136 : Takdir Yang Tersembunyi