Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 46 : Ada Harapan

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

InsyaAllah hari ahad ini, buat pertama kalinya aku akan naik ke Bukit Fraser.. 🙂 . Pada mulanya aku nak pergi seorang, tapi 2 hari lepas, adik-adik yang bekerja (kontrak) di tempat kerjaku ada bertanya, “abang nak pergi ke bukit Fraser ahad nie kan ?, jomlah ikut sekali, kitaorang nak pergi juga”. Aku pun setujulah, lepas itu aku ajak Hanafi sekali.. Lepas bincang dengan beberapa rakan sekerja, InsyaAllah ramai yang akan Ikut sekali..

Hari ini (Jumaat) kitaorang akan confirmkan kehadiran :-). Dah lama aku tak bawa motor, racing balik lah.. haha :-). Abang Asrin, InsyaAllah akan ikut sekali (terkejut aku).. Haha.. 🙂 . Abang Zul tak boleh ikut, sebab pergi kenduri, Abang Syokeri, kena minta izin isteri dulu 🙂 .

Abang Syokeri tanya Kak Rekha, “awak tak ikut sekali ke budak-budak nie”, Kak Rekha jawab, “pergi mana ?” Abang Syokeri kata, “Bukit Fraser”, Kak Rekha Jawab, “Haa… Hari isnin jangan tak kerja sudah”.. Hahaha.. 🙂

Dating Site

Kejadian nie berlaku 3 hari lepas, masa aku lepak kat kantin (merokok), aku dengar Hanafi berkata seorang diri, “server down, server down” (sambil tengok handphone), aku pun tertanya dalam hati, “server down ?, macam mana hanafi boleh tau benda-benda macam nie”. Aku pun intailah apa yang ada kat handphone dia tue, rupanya server down kat Dating Site.. Haha..:-)

Dia nie (Hanafi) memang kaki dating site, tengah cari calon isteri.. Haha. 🙂 . Masa dalam Lab pun, dia masih lagi cakap, “server down, server down”.. Aku pun terus cakap, “aku ingat aku nak buat web dating site pula lah, jap aku check dia punya domain dulu, dating.my dah ada, love.my dah nak expired”. Lepas beberapa minit tue, aku sambung balik kata-kataku, “orang yang nak buat dating site sampai sekarang pun tak kahwin-kahwin lagi, nak buat dating site” (merujuk kepada diri sendiri).. Haha.. 🙂

Semalam Jai tanya aku, “macam mana dengan Aishah ?”, aku pun jawab, “Hurmm..tak tau nak cakaplah, dialah yang rugi sebenarnya, aku okay jer (penyedap hati jer nie)..” Haha.. 🙂 . Aku sambung lagi, “daripada aku kecil sampai lah sekarang, mengorat perempuan tak pernah nya nak dapat”. (serius aku tak pernah dapat).. Aku punya luck dengan orang perempuan tak berapa nak ada lah..

Tapi petang semalam ada perkara yang ajaib yang berlaku.. Tapi aku taknak cerita lagi lah, aku nak tengok dulu (buat masa ini).. InsyaAllah, Yang Terjadi Kan Tetap Terjadi 🙂

Adik

Petang semalam sekitar jam 5:10 petang, aku pergi sekejap kat tempat adik-adik kontrak bekerja (drying material yang basah). Sampai jer kat sana, diaorang terus tanya, “abang..abang.. adik abang yang mana satu ?”, Aku pun pelik lah, “macam mana diaorang boleh tau pulak nie”. Sai, Rahim dengan Afiq jawab, “kitaorang dah tengok WhatsApp abang kat HR info, HR add kitaorang, yang mana satu bang ?, yang baru habis SPM yang mana satu, yang tudung hitam tue ke, bagi nombor telefon bang ?”

Perhh.. tak terjawab aku semalam.. Habislah aku kali nie, kena main lah dengan budak-budak nie..Haha 🙂 . Tapi best lah layan diaorang punya karenah, bila aku tengok diaorang, teringat balik masa muda-muda remaja dulu :-).

Tapi perkara-perkara macam ini akan berubah bila keputusan SPM dah keluar nanti. Disitu bicaranya sudah berbeza, bicara tentang kedewasaan dah mengatasi soal keanak-anakkan. Selepas itu, kita akan jumpa rakan baru, kita akan ada environment baru.. Bila kita dah rasa ilmu ataupun kehidupan kita lebih baik dari rakan masa sekolah dulu, kat situlah semuanya akan mula terpisah…

Hari Kasih Sayang

Semalam kat company aku bekerja ada buat sambutan hari kasih sayang 🙂 . Idea yang brilliant lah… Aku dapat coklat daripada Aswani (dia kasi 2), lepas itu, aku kasi dia semula (satu), aku cakap, “ambillah, saya kasi awak”..

Kak Guna dengan Kak Theresa masuk Lab kasi satu setiap orang. Mr. Kevin keluar daripada bilik, terus dia cakap, “Hanafi, cepat-cepat lah sikit”. Hanafi tercegang.. Rao terus jawab, “Kahwin lah Hanafi.. Kahwin”.. Haha.. 🙂 . Kak Rekha pun ada kasi satu lepas waktu rehat.. Terima Kasih Kak.. 🙂

Kak Nani ada kasi satu, dan tertera nota, “Selalu ada harapan bagi mereka yang berdoa, selalu ada jalan bagi mereka yang berusaha” , Coklat saya dah makan, nota tue saya pin kan kat dashboard workstation saya di rumah.. Terima kasih ye kak, nanti saya buat satu web untuk akak.. InsyaAllah 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
15 Februari 2019 5:51 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 45 : Suami
Next Post Diari 47 : Akan Baik-Baik Sahaja