Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 47 : Akan Baik-Baik Sahaja

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Petang semalam, selepas pulang dari tempat kerja, aku singgah sebentar di kedai haiwan (beli makanan kura-kura). Balik Jalan sesak (nak dekat pukul 7 petang baru sampai rumah). Kura-kura nie, adik aku yang punya (dah lama, aku rasa ada 7 tahun). Kura-kura boleh hidup ratusan tahun kan ? Bayangkan dia boleh sampai ke berapa generasi kehidupan manusia ? (terlalu banyak perkara yang dia boleh lihat)..

Lepas beli makanan kura-kura, aku singgah jap kat kedai motor (beli spare-part), hari ahad nak naik Bukit Fraser kan ? 🙂 . Hari ini aku last kerja, lepas itu, cuti seminggu.. Minggu cuti, ada perkara yang aku nak lakukan (secret).. Haha. :-).

Malam tadi, sebelum tidur, aku masuk bilik ibuku, (nak salam dan cium sebelum tidur), aku cakap, “mak tidur dulu ye” . Ibuku jawab, “Dari tadi mak dengar nak tidur, tak tidur lagi pun, berangan ke ? kalau ada rezeki dan jodoh tak kemana” Adik aku (Sabrina) terus cakap, “Boooooo”… Haha. 🙂

Dunia IT

Semalam aku ada nasihat adik-adik yang kerja kat tempat aku, lepas dapat result SPM nanti, kena sambung belajar dulu (paling kurang pun, bidang teknikal). Jangan kerja, nanti susah kat kemudian hari. Orang zaman sekarang nie penilaian dia lain macam sikit 🙂

Rupanya budak-budak nie belajar sains komputer masa kat sekolah. Sains komputer nie lebih kepada programming sebenarnya. Aku tanyalah diaorang, apa yang diaorang belajar ? ada belajar buat web ke ? .Diaorang cakap, belajar teori jer.. Okaylah tue, at least dah ada basic knowledge tentang programming. Masa bercerita tue, bersinar mata aku.. Haha.. 🙂

Dunia IT zaman sekarang nie, jika mahir, paling kurang pun, boleh hidup lebih baik daripada kebiasaan (dari segi financial). Lagi satu kelebihannya, boleh buat secara part-time (sambilan). Tak perlu berhenti kerja untuk lakukan semua ini, boleh adjust masa sendiri…

Tapi yang penting kena ada minat dan passion lah (keinginan dan keghairahan yang kuat), sebab banyak cabarannya, aktiviti sosial tue memang dah takdelah, sebab banyak habiskan masa depan PC jer..

Walaupun minat aku daripada kecil, tapi aku bermula agak lewat (2 tahun yang lepas). Masa itu, life aku dah mula stable. (banyak perubahan yang baik dalam hidup). Alhamdulillah, aku gembira dengan apa yang aku lakukan sekarang dan InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja.. 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
16 Februari 2019 5:09 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 46 : Ada Harapan
Next Post Diari 48 : Sebelah Dunia Khai