Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 158 : Aksara Yang Terhenti

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Haaa… Banyak juga perkara yang aku nak kongsikan untuk minggu ini, tapi tak tahu nak start dari mana.. Hahaaa… Jap aku fikir sebentar.. 🙂 . Hurmm.. Baiklah, minggu lepas, hari selasa aku dan juga keluargaku pergi ke Johor untuk menghadiri majlis konvokesyen di UITM Segamat pada hari Rabu. (Adikku Sabrina). Tidur di sana selama 2 malam, hari selasa, rabu, dan hari khamis bertolak pulang..

First time duduk di dalam Dewan Konvokesyen. Boleh dapat rasalah aura budak-budak pandai nie.. Hahaaa.. Walaupun tak berpeluang untuk mengecapi nikmat sebagaimana mereka semua, tetapi aku tumpang berbangga jugalah dengan usaha-usaha anak bangsaku.. Serius aku berbangga dengan mereka semua.. Tetapi, realiti kehidupan sebenar adalah di luar sana nanti..Disitu kan bertemu dengan berbagai-bagai jenis ragam manusia, realiti yang tidak seindah impian.. Tapi takperlah, jika masih muda, belajarlah, dan jadikanlah itu semua pengalaman di dalam hidup masing-masing..

Jika ikutkan, memang aku nak huraikan semua apa yang tersimpan di dalam hati dan fikiranku ini. Tapi aku dah rasa mengantuk sangat sekarang nie, dah nak pukul 2 pagi. Rasa rugi pula kalau tak share. Esok belum tentu lagi aku akan ingat semua perkara-perkara ini. Hurmm..Inilah akibatnya kalau jarang-jarang menulis, habis semua perkara nak skip.. Hahaaa… 🙂 . Serius sekarang nie aku tengah banyak idea.. Tapi takperlah, tengoklah kalau esok free, aku akan kongsikan..

Baiklah, untuk hari ini, aku cuba untuk siapkan sample laman web baby products. Aku rasa esok atau lusa dah boleh siapkan dan present kepada client. InsyaAllah, semuanya akan baik-baik sahaja 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
28 Oktober 2019 1:41 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Rawang
Previous Post Diari 157 : Titisan Air Hujan
Next Post Diari 159 : Walaupun Sebesar Zarah