Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 99 : Disebalik Realiti..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Sebagaimana yang dijanjikan, untuk diari yang ke 99 ini. Aku telah pun berjanji untuk menulis mengenai Adik-adik kita (Rahim,Sai, dan Afiq). Tapi disebabkan kau orang semua masih lagi bekerja disana, abang tangguhkan dulu lah ye.. Haha.?(abang tak boleh lah nak kutuk korang,sebab masih jumpa lagi).. Tunggu kau orang blah dulu lah.. Haha ✌. InsyaAllah, yang mana nak sambung belajar tue, stay dulu lah buat sementara waktu nie, sampai hari kemasukan pelajar nanti ye…

Dan yang mana memang dah taknak sambung belajar tue (ataupun tangguhkan buat sementara waktu), cari kerja yang betul-betul boleh boom kau orang punya pendapatan. Jika kau orang kerja kilang dengan kelulusan SPM jer, lagi dua puluh tahun pun, belum tentu boleh cecah RM2000. Zaman nie, seniority dah tak memainkan peranan penting lagi.

Sekarang nie penilaian orang dah lain. Bukan seperti zaman dahulu. Walaupun kau ada kemahiran setinggi gunung pun, tapi takde sekeping kertas untuk membuktikan kemahiran kau, duduk takat tue jer lah sampai ke mati. Kalau kau ada sijil, tapi kemahiran kau macam kayu pun, orang akan pandang lain (itu realiti yang takde sesiapa pun boleh nafikan)..

InsyaAllah, nanti abang akan naratifkan kisah kau orang dalam diari akan datang (bila semuanya telah terpisah). Kau orang nie adalah jantung hati abang, yang sentiasa buat abang tersenyum dan tertawa dengan telatah kau orang. Abang takde adik lelaki (semua perempuan). Kau orang lah adik-adik abang ✌?

Abang nak kau orang semua berjaya, tapi ingat pesan abang, bila kau orang dah berjaya nanti, jangan sesekali kau pandang orang yang tiada ilmu pengetahuan itu rendah dari pandangan hati kau orang (diaorang mungkin tiada A, tetapi mungkin memilki B, yang mana kau orang tidak memilikinya). Setiap orang itu pasti di anugerahkan akan kelebihan pada diri masing-masing, yang mana kelebihan itu mengatasi setiap satu dengan yang lain..

Datang Kembali..

Pada hari sabtu lepas, buat pertama kalinya dalam bulan ramadhan, aku terkena serangan migrain (yang paling sakit sekali untuk tahun ini). Baru jer aku tulis dalam diari yang ke-98, yang semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Tapi insyaAllah, aku dah tahu apa sebenarnya yang mencetuskannya (trigger) kepada kesakitan itu. Memang dah terlalu kerap, aku akan terkena migrain pada setiap hari sabtu (selepas tengah hari), dah lama perkara ini terjadi (semenjak usiaku 24 tahun)..

Aku keluar sekejap ke farmasi, beli VICKS (inhaler), tapi tak boleh juga.. Badan aku rasa lemah, rasa loya, pening dan nak muntah. Alhamdulillah, aku dapat sampai ke rumah (drive dalam keadaan badan berpeluh dan menggigil). Memang aku nak pengsan masa itu, tapi Alhamdulillah semuanya selamat. Aku mandi dan tidur (beberapa ketika) sebelum waktu berbuka. Aku puasa hari itu dan berjaya mengharunginya..

Cerita Hari ini..

Pada awal pagi, seperti biasa, aku akan bersihkan kandang kucing terlebih dahulu 🙂 dan kemudiannya, membersihkan bekas Kura-kura pula.. (banyak sangat binatang yang tinggal kat rumah aku nie).Haha.. ?. Hari nie, memang aku dah planning untuk cuci kereta (dah lama sangat).. Kotor jangan cakaplah (dalam dan luar).. Lama aku cuci sampai pukul 10 pagi..

Selepas itu, aku bersihkan rumah..Menyapu.. Mop lantai.. dan Buang Sampah. Kemudian, aku kemas tempat tidur dan kerja. Aku susun semuanya semula. Alhamdulillah dalam pukul 12:30 hari dah settle..

Dalam pukul 1 tengah hari, aku keluar ke Tesco Bukit Beruntung (beli peralatan kerja di rumah) dan sedikit makanan untuk berbuka. (aku cari kurma sebenarnya, tapi tak jumpa kat sana). Aku cari kedai-kedai berhampiran dengan rumah, Alhamdulillah jumpa.

Freelance

Alhamdulillah, hari ini aku launching new website (Cuckoo.my) .Web ini aku partnership dengan adik perempuanku (Fauziana). Aku akan jaga bahagian Sales and marketing dan adikku akan handle Customer. Aku takde masa nak layan whatsapp atau pertanyaan orang (bekerja di siang hari). Lagipun nak kena banyak study (orang perempuan sesuailah perkara-perkara macam ini).. 🙂 . Keuntungan akan dibahagi 50/50.

Aku target untuk mendapat income pertama daripada laman web ini menjelang bulan 7 (InsyaAllah). Ada beberapa kerja lagi di dalam laman web yang perlu aku sempurnakan dan lakukan pengubahsuaian mengikut cita rasa adikku lah.. Haha.. 🙂

Untuk laman web Hartanah.my pula, Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang. Laman web ini, dibuka secara percuma sepenuhnya. Buat masa ini, aku generate income melalui google adsense (partnership dengan google), dan buat masa depan, aku dah planning untuk attend kursus Real Estate Negotiator dan akan menjadi perunding hartanah yang bertauliah, disana aku boleh generate income yang lebih tinggi melalui laman web ini, insyaAllah…

Ada beberapa lagi laman web yang sedang aku bangunkan dan insyaAllah semuanya akan berjalan sebagaimana yang dirancang untuk tahun ini. Cuma buat masa ini, aku takde masa pada waktu siang jer (komitmen kerja). Rasa macam terhalang jer impian aku nie. Kalau ikutkan, nak jer aku berhenti kerja, tapi belum waktunya lagi..InsyaAllah, aku harap Allah swt akan membantu segala niat-niat aku..

Khairul Azahar Sharriffuddin
13 May 2019 12:45 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 98 : Datangnya Kurniaan..
Next Post Diari 100 : Cerita Hati Yang Sentiasa Bercerita..