Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 128 : Kembali Ke Fraser Hill

Assalalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, pagi tadi sekitar jam 10 pagi, aku bertemu lagi dengan Wawa buat kali kedua .Pertemuan pada kali ini, agak kurang gugup lah (tapi masih ada) 🙂 . Ikut planning hari nie, aku nak bawa dia pergi ke Taman Melenium, kuala Kubu Bharu (nak jongging).. Hehe 😉 .

Aku singgah terlebih dahulu di kedai Antara Gapi bersebelahan Seven Eleven untuk bersarapan pagi. Aku makan roti canai, dia makan nasi lemak. (memang mengantuklah lepas tue), aku rasa nak tertidur. Semua orang yang aku kenal dalam kedai tue tersenyum bila melihat aku.. Haha.. Ye lah, sebelum nie aku bawa lelaki jer makan kat kedai tue, tapi sekarang dah bawa perempuan pula, “lama tak nampak ?”..Haha..

Aku selalu makan kat kedai pakcik tue lepas balik kerja. Kekadang aku makan mee rebus.. kekadang aku makan roti canai.. memang sedaplah, aku recommend. 🙂 . Tapi sekarang nie, memang dah jarang-jarang sangat aku pergi. Lepas nie, aku rasa memang dah tak pergi dah lah (berhenti kerja). Cerita pasal berhenti kerja, memang aku dah tak sabar nak cepat-cepat blah.. Haha.. (last kerja 29/8)..

Okay, selesai jer sarapan pagi, aku bawa Wawa ke Taman Melinium (tapi cuaca ketika itu dah mula panas). Ini merupakan kali pertama aku pergi ke sini. Aku boleh katakan sangat cantiklah tempatnya (ada tasik menghadap ke Banjaran Titiwangsa). Masa itu, orang takde sangat (cuma ada seorang jer budak yang tengah study sorang-sorang). Aku berbual lah dengan Wawa kat pondok berhadapan dengan Tasik.

Aku berbaring sambil pandang kat muka dia. Aku dapat rasakan dia nie tengah boring. Aku tanya dia, okay ke ? . Dia cakap okay je. (Adik aku cakap, kalau perempuan cakap okay, maksudnya tak okay).. Hahaa. Dia ada tanya aku, Fraser Hill jauh tak, kalau tak keberatan boleh bawa dia kesana. Cuaca pun agak panas masa tue. Jadi, aku rasa okay juga bawa dia kesana. Aku start kereta (isi minyak dulu), then terus naik ke Fraser Hill bersama dengannya sekitar jam 12:30 tengah hari.

Bagi sesiapa yang pernah baca diari aku sebelum ini, aku ada mengatakan yang aku mahu membawa teman wanita, bakal isteri, ataupun isteri aku ke sana (fraser hill) suatu hari nanti. Aku katakan kepada Wawa bila sampai di Puncak Fraser Hill, rupanya-rupanya dia adalah wanita tersebut.. Hehee. 🙂

Sampai disana sekitar jam 1:30 Minit Petang. Aku bawa dia ke Aida Daniya Strawberry Garden, tengok buah strawberry (yang masih belum dipetik), angin ketika itu memang rasa sejuk sangat. Tempat nie memang sesuai untuk orang yang dah berkahwin sebenarnya. Tak banyak perkara yang aku boleh lakukan disana bersama dengannya (disebabkan keterbatasan hubungan). Aku katakan kepada dia, jika dah berkahwin dengan dia nanti, boleh lah aku bawa dia ke sana lagi .. hehe.. (jika itu takdirnya).. Jika tidak, mungkin dengan orang lain..

Tak lama lepas itu, aku bergerak pulang bersama dengannya. Masa dalam kereta, aku dah tengok dia dah mula diam, aku tanya okay ke ?. Dia cakap sakit kepala (yelah, jalan pusing-pusing kan).. Hehee.. Kemudian, planning nak berhenti di Santuari Ikan Kelah, Wawa cakap nak tengok ikan. Bila sampai disana, cuaca dah mula mendung, disebabkan nak berjalan kaki masuk kedalam (lebih kurang 1km juga), jadi cancel lah (next time, aku janji akan bawa dia kesana)..

Sampai jer di pekan Kuala Kubu Bahru, aku bawa dia singgah makan di Cendol Pak Samad (Depan Masjid Kuala Kubu). Tempat makan nie macam-macam ada, sampai kenyang aku makan.. Hahaa.. 😉 . Lepas itu, aku cakap dengan Wawa, nak bawa dia jumpa adik perempuan aku (Fauziana), sebab adik aku ada buat bomboloni (nak kasi kat dia)..

Aku dah janji dengan adik aku nak ambik Bomboloni tue dalam pukul 12 tengah hari, nak dekat pukul 6 petang baru aku nak ambil… Haha.. 🙂 . Disebabkan adik aku nak keluar, terpaksalah aku cancel. Adik aku WhatsApp aku, “kau nie kalau dah keluar rumah tak ingat nak balik rumah ye”.. Haha.. 🙂

Seandainya dia memang dah ditakdirkan untuk aku, nescaya ia akan sampai kepadaku jua akhirnya. Jika tidak, buat apa sekalipun, takdirnya akan tetap tidak. Banyak sebenarnya kekurangan yang ada pada diri aku, tapi aku bersyukur sebab hadir orang seperti dia yang sanggup terima semua kekurangan aku (yang bersedia untuk menyerahkan hatinya).. Tapi sejauh mana ia akan terjadi ? Kita lihatlah dalam diari-diari yang seterusnya… 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
4 Ogos 2019 11:35 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 127 : Perkara Yang Tersimpan.
Next Post Diari 129 : Mimpi Sampai Ke Bintang