Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 129 : Mimpi Sampai Ke Bintang

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Kebelakangan ini, tidur malamku kerap didatangi mimpi yang sentiasa datang berulang-ulang kali (sudah terjadi beberapa bulan). Perkara sebegini sebenarnya mengganggu kehidupanku. Mood aku dah jadi tak menentu (cepat sangat nak marah), cepat naik angin. Semua mimpi ini berulang-ulang mengikut keadaan (aku tahu maksud disebalik semua mimpi itu sebenarnya), cuma aku tak tahu sampai sekarang, mengapa ia masih lagi berulang-ulang ?

Perasaan hati aku untuk minggu ini memang out lah, bak kata Abang Saga, “out of services” (di luar perkhidmatan)… 🙂 . Jarang-jarang sebenarnya aku ada masalah dalam hidup nie. Minggu nie, memang aku tidur awal (walaupun kau orang nampak aku online kat Whatsapp dan Fb), itu sebenarnya sedang menunggu untuk mata aku terlelap jer. Daripada dahulu lagi, bila aku ada masalah jer, aku akan tidur (aku taknak fikir apa-apa lagi). Aku akan tidur.. tidur.. dan tidur.. 🙂 . Aku dah penat sebenarnya. Penat dengan semua ini. Aishh…

Okaylah ye, kita cerita perkara lain pula. InsyaAllah, hari isnin ini, adik aku akan bertunang (Beeha). Bersungguh-sungguh betul dia kemas rumah beberapa hari ini..Haha. InsyaAllah, esok petang (lepas balik kerja), boleh lah bantu apa yang patut.. Badan pun cepat penat sekarang.. nak jongging sampai ke sudah tak pergi lagi.. Haha.. !

Interaksi Antara Manusia

Tengah hari tadi, sebelum pulang (sembahyang jumaat), aku sempat berborak dengan Rao di kantin. Dia katakan kepada aku, “semenjak kewujudan teknologi canggih nie (handphone), hubungan silatul-rahim (face to face) antara manusia dah takde lagi”. Betul tak ?

Boleh tengok budak-budak yang lepak kat kedai mamak (waktu malam) zaman sekarang lah. Aku perhatikan, kalau ada 10 orang yang lepak, senyap sunyi je keadaannya. Boleh dikatakan hampir 90 peratus akan pegang telefon. Ada yang main game, ada yang layan whatsapp, facebook, instagram.. Jadi, dimana interaksinya ?

Tapi dalam hal nie, aku respect dengan Rao lah. (bukan aku nak up dia lah ye, aku tak dapat apa pun). Dia punya sifat, sekiranya ada orang yang nak bercakap dengan dia (meskipun masa itu dia sedang menggunakan telefon), sama ada dia akan simpan ataupun letakkan telefon dia di atas meja. Dia akan pandang kat muka orang itu, dan dengar penjelasan orang itu sampai habis..

Senang cerita macam nie lah, walaupun dia tengah layan youtube, kalau kau nak borak dengan dia, mesti dia akan layan cerita kau sampai habis lah.. Haaha.. Kira dia nie, pendengar yang baik lah.. 🙂 . Okaylah ye, aku dah mengantuk nie.. Nak tidooo…Haaa ada satu cerita lagi.. Abang Shokeri dan Abang Zul nak tukar nama aku dari LelakiBerlari ke LelakiGersang pula.. Hahahaaaa… 😉

Khairul Azahar Sharriffuddin
9 Ogos 2019 11:52 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 128 : Kembali Ke Fraser Hill
Next Post Diari 130 : Segalanya Mungkin