Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 127 : Perkara Yang Tersimpan.

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, akhirnya perkara yang paling berat untuk dilafazkan dari bibirku beberapa ketika waktu ini, baru sahaja dapat ku luahkan. Sebentar tadi, baru sahaja aku memberitahu ayahku akan niatku untuk berhenti kerja (aku punya takut lah tadi, jangan cakaplah). Memang gagap habislah..

Alhamdulillah.. Sebelum itu, aku ceritakan kepada ayah, rancangan masa depanku (apa yang akan aku lakukan selepas ini), dan aku menyakini dengan apa yang aku lakukan ini. Aku katakan, umurku dah 33 tahun (dah agak berusia), tahun depan nak kahwin 🙂 (insyaAllah). Alhamdulillah, sejak dari dahulu lagi, ayah akan support semua cita-cita aku. Kekadang, aku rasa malu dengan ayah kerana masih tak mampu lagi untuk mencapai sesuatu dalam hidupku sebagaimana yang dicapai oleh Ayah. Aku nak jadi seperti Ayah sebenarnya..

InsyaAllah, kali ini,aku menyakininya. Aku akan berusaha sehabis-habisnya. InsyaAllah dengan pengalaman yang ada sebelum ini, aku akan cuba sehabis baik. Sebenarnya, hati aku dah rasa tenang, bila dah luahkan niat aku kepada ayah tadi (rasa macam ada satu beban dah hilang dari fikiran dan perasaanku).

Keinginan Menjadi Realiti

Petang tadi, aku berbual dengan Abang Shokeri dan Abang Zul. Aku katakan, jika aku ada duit yang banyak, aku akan beli satu tanah (yang agak besar keluasannya dan ada sungai di dalamnya), buat satu rumah dan tinggal bersama-sama dengan isteri di dalamnya. Pagi-pagi subuh, pergi masjid dengan isteri sama-sama, kemudian dengar kuliah agama, lepas habis, sarapan pagi sama-sama..

Balik rumah, aku akan buat kerja aku, isteri masak. Tengah hari makan sama-sama. Petang lepak kat halaman sama-sama. Hidup simple jer lah, lagipun duit dah ada dalam Bank kan (duit tue takkan habis, sebab setiap tahun ada dividen, kalau simpan kat Tabung Haji 1 Juta, jika 5% PUN dah ada 50k setahun). Takkan itu pun tak cukup kan ?. Yang menariknya, Abang Shokeri dan Abang Zul pun setuju dengan cara hidup yang seperti ini (Simple)…

Tapi realitinya, takkan macam tue, nak tahu sebab apa ?. Sebab manusia ini sifatnya tak akan pernah merasa cukup dengan apa yang dia ada. Sekiranya diberi satu bukit emas, nescaya dia akan meminta yang keduanya. Tapi, aku janji, aku akan berhenti bila duit aku dah sampai Rm 1 Juta nanti … Hehe.. 😉 . Ramai orang ingat aku main-main, tapi aku serius sebenarnya bila aku katakan yang aku akan jadi jutawan satu hari nanti (tak tahu bila lah, InsyaAllah). Aku akan berusaha..

Okaylah ye , aku nak tidur dah nie. Esok pagi nak nak jumpa Wawa buat kali kedua… (kira perjumpaan bulanan lah).. Hehe.. 🙂 .InsyaAllah, aku akan bawa dia jalan-jalan di Taman..

Khairul Azahar Sharriffuddin
4 Ogos 2019 12:09 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 126 : Lepaskan Ia Pergi..
Next Post Diari 128 : Kembali Ke Fraser Hill