Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 130 : Segalanya Mungkin

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Firstly, aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha kepada semua umat Islam. InsyaAllah esok, adik perempuanku (Beeha) akan melangsungkan pertunangannya. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan oleh Allah s.w.t . Insyallah, majlis akan berlangsung sekitar jam 2:30 petang dan jika ditakdirkan, pernikahan dengan pasangannya akan berlangsung pada akhir tahun hadapan (12/2020).

Malam tadi, aku temankan adik perempuanku pergi ke Tesco, Bukit Beruntung untuk membeli sedikit buah-buahan untuk majlis pada esok hari. Banyak juga perkara yang aku borakkan dengan dia, antara perkara yang aku tanyakan kepada dia tadi, “Betul ke beeha, orang yang chubby nie akan cari pasangan yang opposite dengan dia. Contohnya, dia akan cari pasangan yang kurus ? Ini kawan Abang Erol yang cakap lah “ . Adik aku jawab senang jer, “tak jugak Abang Erol.. tak semua macam tue, bergantung juga”. Aku punyalah paksa dia untuk katakan, Ya.. hahaa.. 🙂 (Aku ulang pertanyaan nie 3x, tapi jawapan dia tetap sama).

Garisan Masa..

Malam ini, aku nak kongsikan satu lagu yang hampir setiap hari aku dengar masa mula-mula ada komputer dulu. Ayah membeli komputer untuk keluarga sekitar usiaku 16 tahun (tingkatan 4). Komputer mahal masa tue, tak macam sekarang. TM juga diketika itu baru memperkenalkan pakej streamyx (internet) kepada pengguna-pengguna yang terpilih di Kuantan, Pahang.

Facebook masih belum ada lagi, tetapi mIRC adalah platform social network yang paling terkenal sekali. Ketika itu, aku menggunakan nickname coklat_cakes di server webchat (ramai melayu yang berada di server nie), majoriti chinese pula akan berada di server Dalnet. Kemudian barulah datangnya, Friendster dan Myspace. Gmail juga masih baru diperkenalkan, hanya orang yang tertentu sahaja boleh menggunakannya (invite).

Zaman itu adalah zaman yang mengajarkan aku tentang kehidupan. Jika nak cerita, memang panjang sangatlah ceritanya. Jika kejadian-kejadian itu tidak terjadi kepadaku di masa itu, tentunya aku tidak akan berada disini untuk menulis diari ini pada malam ini.

Aku mula mengenali benda-benda khayal pada usiaku 14 tahun (tingkatan 2). Masih muda lagi dan hidup dengan kehidupan yang penuh dengan kegembiraan. (memang betul-betul enjoy). Tapi sampai satu masa, aku tahu, aku perlu berhenti daripada semua ini..

Sesiapa yang mengenali aku, pastinya akan tahu, ada dua perkataan yang akan selalu aku sebutkan bila berjumpa dengan seseorang. Satu, Steady, dan yang kedua, Okay tak ? . Nak tahu tak, kedua-dua perkataan ini adalah perkataan yang selalu aku katakan kepada kawan-kawan aku suatu ketika dahulu. Bila dah khayal, aku akan tanya member aku, “okay tak ?” dan bila tengok member tak berapa nak okay, aku akan pegang dan akan katakan kepadanya “steady”. Nampak tak, perkataan tue dah sebati dalam hidupku sehingga terbawa-bawa ke hari ini… Aishh..

Dalam hidup ini, tiada sesiapapun yang boleh mengetahui apa yang akan terjadi pada masa depan (walaupun satu saat kedepan). Jika manusia itu merancang, maka perancangannya hanyalah kebarangkalian sahaja kerana didalam kehidupan ini, segalanya berkemungkinan…

“Di dalam kehidupan ini segalanya adalah berkemungkinan”

Khairul Azahar Sharriffuddin
12 Ogos 2019 12:50 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 129 : Mimpi Sampai Ke Bintang
Next Post Diari 131 : Kau Semakin Dewasa