Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 169 : Lucid Dream

Assalammualaikum dan salam sejahtera…

Dalam beberapa hari nie, perasan hati aku tak berapa nak selesa. Rasa bersalah teramat sangat. Aku tak buat kerja beberapa hari nie (aku banyakkan tidur sahaja dengan niat untuk menghilangkan rasa itu). Maafkan saya awak, suatu hari nanti awak akan faham semuanya (saya harap akan begitu).

Tapi aku dapat rasa, aku tak seperti dahulu lagi (yang menjadikan cinta itu sebagai suatu keutamaan hati). Cinta sahaja tidak akan membawa apa-apa makna dalam kehidupan dan cinta itu takkan boleh mengisi perut seseorang yang sedang kelaparan. Kita hidup di dalam dunia realiti, realiti kehidupan manusia hari ini. Aku rela hidup sendirian dari hidup berteman dan menyeksa hati yang mencintai aku. Aku taknak jadi orang yang kalah, kalah dengan kehidupan dunia. Aku takkan jadi manusia yang tak dapat memenuhi keperluan pasanganku.. Saya harap awak faham semua ini..

Alhamdulillah, dah hampir sampai penghujung bulan 1/2020. Aku bersyukur di awal tahun baru ini, hasil kerja aku selama ini mula menampakkan hasilnya, dan insyaAllah di dalam beberapa bulan yang mendatang ini, kehidupanku akan semakin stabil. (InsyaAllah). Hampir setiap minggu juga aku akan dapat 2-3 client, cuma aku perlu mahir untuk menguruskan masa sahaja (aku nak elakkan berjaga terlalu lama pada waktu malam).

Aku pun dah deactivated akaun social di facebook dan instagram, cuma beberapa akaun social berkaitan dengan perniagaan sahaja aku masih aktifkan (untuk tujuan pengiklanan di media social). Aku dah taknak sakitkan hati sesiapa lagi dan aku dah taknak hidup dalam keadaan serba salah sepanjang hidupku. Cukuplah dah berbelas-belas tahun aku lukakan hati orang. Aku pun dah taknak kenal & bercinta dengan sesiapa lagi.. cukuplah… Yang aku tahu, aku nak capai dan kejar impian aku sehinggalah mati 🙂 . Aku nak buat perkara yang aku suka dalam hidup ini dan aku nak nikmati kehidupan ini dengan cara aku sendiri… cara lelakiberlari…

Jadi apa cerita malam nie dengan lucid dream ?. Ceritanya baru aku nak mulakan sebenarnya, tapi macam dah nak mengantuk lah pulak…

Dunia Lucid Dream

Okay, secara ringkasnya lucid dream adalah keadaan seseorang yang sedang tidur, lalu dia bermimpi, dimana mimpi itu dia berada di dalam keadaan “sedar & waras” (maksudnya dia tahu yang dia sedang hidup di dalam dunia mimpi). Aku rasa hampir semua orang pernah melaluinya, cuma kebanyakkan orang yang melaluinya akan terkejut dari tidurnya bila saat itu tiba, betul kan ?

Sesiapa yang mengalami lucid dream akan merasai kehidupan nyata di dalam alam mimpi (boleh kawal sepenuhnya) dan di dalam dunia lucid cream, seseorang itu hampir boleh melakukan apa sahaja yang tidak boleh dilakukan di dalam dunia (kehidupan realiti). Pernah laluinya tak ?

Ya, aku pernah laluinya. Tapi sehingga kini aku masih tidak lagi mampu untuk mengawal perasaan bila melaluinya. Bila dah mulai memasuki dunia “lucid dream”, dan agak lama perjalanan di dalamnya, perasan cemas itu mulai ada. Rasa risau dan takut sekiranya tidak dapat kembali ke dunia nyata. Cara yang aku gunakan untuk kembali ke dunia nyata adalah dengan cara mengoyang-goyangkan badan, secara automatiknya aku akan tersedar dari tidur dan mimpi.

Nampak macam seram tak ? Haha.. takde seram pun, semua orang ada kemampuan untuk memasuki dunia lucid dream (tak kira sesiapa pun). Mungkin caranya sahaja berbeza. Yang best tentang lucid dream adalah rasa sensasinya (kau akan rasa macam raja, kau boleh buat benda baik dan jahat dalam tue, sebab kau dah tahu itu semua mimpi), tapi yang tak bestnya, kau akan sentiasa rasa takut, rasa takut tak boleh kembali ke dalam dunia nyata. (jangan main-main)..Hahaa…

Haa.. okaylah, cerita macam fiksyen pula.. Hahaa.. nie bukan fikyen ye, sains pun ada penjelasan menyeluruh mengenai lucid dream, aku cerita banyak pun tak guna, kau orang cubalah sendiri, jangan tak boleh kembali pada dunia nyata sudah (tahu-tahu meninggal je)… Aku dah mengantuk nak tidur.. 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
28 January 2020 3:05 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Previous Post Diari 168 : Manusia Paling Kejam..
Next Post Diari 170 : Berlari…