Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 183 : Semoga Kamu Kekal Sihat Selalu..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera.. 🙂

Hari ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan CoVID 19 dah menjadi pandemik (wabak penyakit berjangkit yang merentasi antara benua dan sukar untuk dikawal yang mana boleh mengakibatkan kematian dalam tempoh yang singkat). Aku harap semua orang take note ye ! Perkara nie bukan main-main.. Aku harap semua orang ambil serius perkara nie..

Petang tadi aku keluar ke Bandar Bukit Beruntung nak cari Anti Septic Dettol & distilled water (nak buat homemade hand sanitizer). Aku cari kat Tesco Bukit Beruntung, Watson, 99 Speedmart, Farmasi (dalam 5 tempat aku pergi), semuanya habis ! Akhirnya, aku jumpa di satu Farmasi (agak tersorok juga kedudukannya). Sekarang nie, ramai yang ambil kesempatan jual sanitizer & face mask dengan harga tak masuk akal. Permintaannya agak tinggi, sehinggakan ada pihak yang membawa masuk (import) face mask terpakai dari China. Jadinya, aku ambil keputusan nak buat Sanitizer sendiri (kualitinya terjamin)..

Sesiapa yang belum ada tue, aku nasihatkan beli simpan satu kat rumah sebab kita tak pasti sejauh mana wabak ini akan melanda (tiada tanda-tanda akan berkurang). Antara perkara-perkara yang kau orang boleh lakukan buat masa ini :-

  • Elakkan untuk berada di tempat awam terlalu lama. Kalau nak beli barang kat pasaraya, pergi seorang atau berdua sudah cukup (tak perlu bawa satu keluarga). Ini untuk meminimakan risiko jangkitan.
  • Elakkan untuk menyentuh apa-apa barang, peralatan, ataupun kemudahan-kemudahan di tempat awam. Sentiasa bawa Hand Sanitizer kemana-mana sahaja. Kalau nak pegang budak-budak tue, sapu dulu tangan. Pastikan tangan sentiasa dibasuh dengan sabun anti bakteria.

Senang cerita, elak berada di tempat awam terlalu lama. Keluar bila perlu dan jika terpaksa untuk keluar juga, jaga perkara-perkara yang aku sebutkan diatas, semoga kamu kekal sihat selalu 🙂 . Sekiranya ada Aplikasi Telegram, boleh join group Majlis Keselamatan Negara (boleh dapat update secara sahih dan terpantas). Link : – t.me/MKNRasmi

Khairul Azahar Bin Sharriffuddin
12 Mac 2020 11:35 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Diari 182 : Bismillah..
Previous Post Diari 182 : Bismillah..
Diari 184 : Penawar Bagi Hati
Next Post Diari 184 : Penawar Bagi Hati