Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 207 : Ramadhan Series – Definasi & Nilai Kehidupan Itu Bagi Aku..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, hari nie dah masuk ramadhan yang ke-15 (betul ke ?).. Hehee.. Ramadhan tahun nie rasa lain sedikit kan ? InsyaAllah, mungkin semua orang pada tahun ini akan menyambut kedatangan syawal dengan keadaan yang sederhana. Dikhabarkan, ramai pekerja akan kehilangan pekerjaan sepanjang tempoh beberapa bulan ini. (Perintah Kawalan Pergerakkan akibat penularan Wabak Covid-19), terutama yang bekerja di sektor perlancongan. Aku doakan semua orang yang berada di dalam situasi yang mencabar sekarang ini dikurniakan kesabaran dan jalan keluar oleh Allah swt. (kehidupan yang lebih baik)

Baiklah, untuk diari ramadhan hari ini, tengah hari tadi aku ke Bandar Bukit Beruntung (bengkel kereta), tukar mentol lampu hadapan kereta (dah rosak). Then lepas selesai, aku terus ke kedai gunting rambut.. Hehee (2 bulan tak gunting rambut). Nampaklah muda 10 tahun lepas potong rambut.. Hehee (serius tak tipu).. Hahaa.. 🙂 . Hari nie cuaca terlalu panas sangat. Aku keluar tadi pun memang pakai cermin mata hitam (sunglasses). Aku pakai pun sebab silau, lagipun memang bagus untuk jaga mata sebenarnya. Aku pernah berkaca mata dahulu (rabun), jadinya aku sangat menghargai nilai & nikmat penglihatan itu (aku taknak kehilangannya lagi).. Seksa weih kalau berkaca mata nie, terutama kalau kau kerja dalam bidang-bidang yang ada habuk. (memanjang jer tukar cermin mata baru)..Haha..

Okay lah, berbalik kepada diari aku semalam (berkaitan impian khai). Aku nak huraikan sedikitlah berkaitan 5 impian tersebut, boleh ke aku mencapainya ? Jawapannya, “InsyaAllah (jika diizinkan Allah swt)”. Adakah ada usaha ke arahnya ? Jawapannya, “yup memang ada, dan memang apa yang aku lakukan sekarang ini adalah menuju ke arah itu”. (kiranya bukan angan-angan). Tapi untuk susunan nya itu, boleh jadi yang mana datang dulu lah… Hehee..

Jika jodoh (perkahwinan) itu datang duhulu, maka aku akan lakukan yang lain-lain (impian) itu bersama-sama dengan isteri aku lah. Boleh lah travel bersama-sama.. kan best tue 🙂 . Tak perlu bekerja ke ? Jawapannya, “mestilah perlu bekerja awak, kalau tak dari mana nak datangnya duit untuk kehidupan kan ?”. Perkara berkaitan pekerjaan nie, aku letakkan ia pada tangga teratas sekali (no 1) dalam senarai impian tersebut. Impian aku adalah untuk menjadi seorang pekerja bebas (freelance), atau lebih tepatnya digital nomad (boleh bekerja dimana-mana sahaja selagi mana tempat itu ada sambungan internet). Konsepnya sama sahaja seperti bekerja di rumah sebagaimana yang dilakukan oleh guru-guru dan professional di saat covid-19 sekarang nie.

Cukup ke duit kalau bekerja sendiri ini ?. Ini soalan paling banyak ditanya oleh rakan-rakan aku dan masyarakat secara umumnya. Jawapannya, “Jika nak dikatakan cukup, manusia takkan pernah merasa cukup dengan apa yang dia ada. Jika diberi satu gunung emas, nescaya dia akan meminta yang keduanya”. Jadi, rasa kecukupan itu adalah suatu perkara subjektif bagi setiap orang. Tapi mungkin juga mereka maksudkan, jika bekerja sendiri nie, boleh ke nak ada rumah sendiri, cukup ke nak bayar kereta, belanja keluarga, beli keperluan hidup, dan lain-lain. Jika itu maksudnya, insyaAllah cukup. Cukup, tapi takde jaminan lah kan ?

Seperti yang aku katakan sebelum ini, di dalam dunia ini tiada sesiapa pun boleh berikan jaminan dalam hidup kita. Jika kita berusaha untuk mencari rezeki, Allah swt akan berikan ruang dan peluang ke arah itu. Sebagaimana kata Ustaz Ebit Lew, “Tiada tempat bagi orang yang malas di dunia dan akhirat”. Jadinya, tak perlu takut mengenai soal rezeki. Jika kita berusaha dan bertawakal dengan sebenar-benar tawakal kepada Allah.. Allah swt pasti akan tolong… Yup, Allah swt pasti tolong (akan dibukakan jalan untuk rezeki). Jika hendak bicara tentang masalah, dimana-mana pun pasti akan adanya masalah, tapi bagaimana cara kita selusuri dan menilai masalah itu dalam hidup, itu yang akan membezakannya.

Selagi namanya hidup, selagi itulah akan ada ujiannya (dengan kelebihan dan kekurangan)dalam hidup. Baik dari hal keduniaan dan akhirat. Ada orang yang diuji dengan banyaknya masa terluang. Ada orang yang diuji dengan kurangnya belas ihsan, ada orang yang diuji dengan kurangnya kasih sayang, berbeza bukan ?

Setiap orang akan ada definasi kehidupan masing-masing dan setiap satu daripadanya akan berlainan nilainya antara satu dengan yang lain. Ada yang nilai hidupnya diletakkan dengan agama, ada yang letak nilai hidupnya dengan pekerjaan, ada yang letak nilai hidupnya dengan jawatan, ada yang letak nilai hidupnya dengan banyaknya harta, ada yang letak nilai hidupnya dengan banyaknya anak-anak, ada yang letak nilai hidupnya dengan ketenangan, ada yang letak nilai hidupnya dengan hiburan.

Setiap orang ada definasi & nilai yang berlainan dalam kehidupan. Bila aku katakan begini, aku teringat kata-kata ibuku, “Mak takde harta, mak takde apa-apa, harta mak adalah anak-anak mak, itulah harta mak”. (dan itu adalah definasi kehidupan & nilai bagi ibu aku). Bagi aku ? “aku masih lagi mencari jawapan bagi makna nilai kehidupan itu, mungkin suatu masa nanti aku akan mengerti, mungkin”. Dalam hidup ini, masih banyak lagi perkara yang perlu aku belajar mengenainya. Mungkin jalan-jalan yang pernah dilalui oleh ibu dan bapa aku suatu masa dahulu (dan orang-orang sebelumku), aku masih belum melalui dan mengerti mengenainya lagi.

Khairul Azahar Sharriffuddin
8 Mei 2020 11:31 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Diari 206 : Ramadhan Series – Impian Khai
Previous Post Diari 206 : Ramadhan Series – Impian Khai
Diari 208 : Ramadhan Series – Mengejar Impian
Next Post Diari 208 : Ramadhan Series – Mengejar Impian